R.I.P Bubba Smith@Moses Hightower (Police Academy)

Kosmo hari ini menyiarkan pelakon Bubba Smith, memegang watak Moses Hightower dalam filem yang aku suka layan iaitu Police Academy telah meninggal Rabu lalu. Bubba meninggal pada usia 66 tahun asalnya merupakan seorang pemain ragbi sebelum bersara dari sukan dan menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Dalam filem Police Academy, watak beliau sebagai Moses Hightower ialah seorang penjual bunga yang kemudiannya menyertai Police Academy. Walaupun nampak garang dan tidak berperasaan, dia sebenarnya baik hati dan selalu membantu Officer Sweetchuck yang selalu kena buli dengan Officer Zed dan Captain

Harris.

Sweetchuck dan Hightower

28 Feb 1945 – 3 Ogos 2011 – RIP Bubba Smith aka Moses Hightower

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *