Putus Dengan Calon Suami ‘Back-Up’ ?

love,quotes,sayings,shutup,cynical,drawing-97fc5e25a7fed8c3b11f07b078ab0d33_h

Kesian dia sedih hiba. Bertahun-tahun bercinta akhirnya putus juga. Bukan sebab keluarga tak suka. Mungkin lelaki tu ada prospek lain, atau keluarga dia tak suka, atau dia takde duit nak kawin atau alasan-alasan lain. Aku tak bertanya sangat. Rasanya aku tanya, tapi err..er..aku tak ingat?!

Ok..aku faham kau sedih. Aku faham kau nak menangis-nangis kat tengah padang dan jerit ‘ Why Oh Why! Tidak…Tidak…’ pilihlah kata-kata yang kau nak jerit. Aku tak reti sangat nak nasihat tang ni. Aku dulu putus cinta, aku maki-maki balik lahabau tu dan aku takde buat rayuan hari pahlawan untuk sambung balik jarum benang cinta bagai ni. Move on dan buat dia rasa loser salah buat pilihan sudah. Lebih ilmiah begitu.

Yang engkau nie meratap tak henti-henti dan benci! benci! benci! semua lagu yang dulu dengan on repeat banyak kali tu apa hal? Oh, sebab teringatkan dia… Makan pun meleleh-leleh ayor hingus sebab?? Oh, mamat tu suka makan jagung rebus. So bila makan jagung rebus kau nangis sebab?? Sorry aku tak nampak rasional di situ. Kalau arwah bapak kau suka jagung rebus, kau sedih iya aku faham sebab dia yang belikan jagung tu kasik kau makan. Kalau mamat tu, entah-entah jagung rebus tu duit kau! Yang nak menitik ayor mata tu ngapanya? Kau rage la..rage! Marah..

Ini serba-serbi nak teroyak. Nasib aku nie baik, nasihat tak pakai kaki dengan lempang-lempang bila edisi bengap tu nyata. Terus aku tanya, kalau semuanya mengingatkan pada mangkuk berhayun tu, kenapa kau tak menangis-nangis masa bernapas?

Hah?!

Iya…dia bernapas dengan oksigen yang sama. So nangis la…oh, oksigen!  Oksigen nie la dia sedut sampai nyawanya panjang. (Point nie dia tak boleh sangkal. Sekarang sepatutnya dia nampak apa bongoknya nak nangis-nangis macam kena cili nie). So, gini ajelah.

Kau sayang dia…. Sayang

Kau nak kawen dengan dia….Tak

Tak? Kenapa?…….Dia back-up aje. Mana tahu jumpa yg lebih baik

So, sedih-sedih macam mati laki nie sebab calon back-up aje? Yang tak tentu jadi laki? yang entah-entah kau pun kategori calon back-up padanya? Yang kerja biasa-biasa bila hari gaji cucukan pertama aje terus tinggal 3 angka. Yang pernah kantoi ada gilfren masa korang bercinta dulu? Ok the list goes on and on and on.

Tak…kau tak faham bai 🙁 katanya sodeh.

Aku tak faham??? Aku tak faham??? Jadi kesimpulannya aku tak faham kesedihan itu.

Oh tuhan, bantulah dia sedar dari koma duniawi ini….

work.7044850.1.sticker375x360.if-you-don-t-understand-me-v1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *