Puasa 101..

image

Latih dan didik anak berpuasa sedari kecil. Itu yang diamalkan oleh semua ibubapa agar anak memulakan ibadah wajib ini. Ada yang mula puasa antara usia 6-7 tahun. Aku sendiri mula puasa lingkungan umur itu.

Tiada pula mama dan abah berjanji kalau puasa sehari,dapat RM1. Yang ada,kalau kami puasa,mama akan masak menu berbuka yang kami suka. Kalau kami merengek-rengek nak berbuka,mama akan suruh kami bersabar dan membuat perbandingan dengan kanak-kanak di Afrika. Paling epik,kami tidur ajelah sementara menanti waktu berbuka.

Zaman kanak-kanak,akalnya panjang. Bermacam-macam helah dibuat disebabkan godaan dan iman tak kuat. Togok air paip tu biasalah. Tengok air sejuk dalam peti sejuk pun boleh mengundang syaitan.

Itu masa mumayyiz.. Sudah jadi kenangan.. Bila ingat balik,terasa pantas amat masa berlalu. Harapnya aku berjumpa Ramadan lagi tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *