RSS

PRESTASI AKADEMIK ANAK PUAN SEDERHANA SAHAJA…

November 22

Pagi tadi hujan lebat menggila. Agak lambat aku dan Hadi sampai ke tadika Eskandar. Hari ini ibu bapa diminta hadir untuk cikgu-cikgu memberikan komen dan ulasan berhubung prestasi anak masing-masing. Ezzudin kami bawa bersama dan semua cikgu-cikgu nampak gembira bertemu anak istimewa itu. Oh, dia dahulu bersekolah di sini sebelum kami pindahkan ke sekolah khas. Maklum sahaja, tidak semua tadika berkemampuan menjaga budak autisme atas kekangan tiada guru yang pakar. Tapi Alhamdulillah cikgu-cikgu semua nampak perubahan Ezzudin yang lebih responsif dan positif.

Aku tak pasti kami penjaga keberapa yang dipanggil kerana sebaik sahaja sampai, terus giliran kami berjumpa cikgu Eskandar. Dia nampak sangat berhati-hati untuk memberitahu pencapaian Eskandar pada kami berdua. Aku dan Hadi mendengar intro yang diberikan oleh cikgu tersebut dan dalam hati, kami sudah mengagak apa yang dia mahu beritahu.

Sebagai intro, dia tunjukkan hasil kerja seni yang Eskandar buat. Ada yang bersifat dan ada yang nampak macam bukan dia buat. Kemudian cikgu tunjukkan laporan prestasi akademik Eskandar. Ada 5 skala, banyaknya Eskandar dapat 3 (sederhana). Tapi menurut cikgu, Eskandar boleh tahan dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Ok, kami memandang sesama sendiri, suami isteri.

Cikgu pun terangkan, Eskandar ini sukar untuk beri tumpuan dalam kelas dan susah untuk faham. Tetapi kalau secara ‘one-to-one’, dia okay. Aktif, tetapi tidak bergaul sangat dengan rakan-rakan lain. Adakala akan menyendiri dan ikut mood dia. Tersusun ayat cikgu. Aku suspek cikgu risau kami tak puas hati takde straight A’s agaknya.

Kemudian itu baharulah aku cerita tentang Eskandar. Dia dirumah macam mana, dengan adik perangainya bagaimana dan kalau mood dia berubah macam mana kisahnya. Terus-terang, kami hanya mengharapkan dia boleh bercakap lancar sahaja dahulu. Dia speech delayed..itu antara punca kami hantar dia ke tadika seperti yang disarankan oleh doktor. Cikgu-cikgu mungkin tidak nampak sangat progress dia macam mana, tetapi bagi aku dan Hadi – Eskandar sudah banyak improvement. Dia sudah boleh mengira, mengeja, kenal huruf dan tatabahasanya semakin banyak. itupun sudah buat kami berdua rasa happy dan bersyukur.

Setidak-tidaknya pada umur 5 tahun dia boleh hafal beberapa surah lazim dan ayat Kursi selain mengeja pelbagai jenis burung, warna dan buah-buahan selain boleh mengucap terima kasih dan maaf dalam perbualan sehari-hari. Ada progress adalah lebih baik dari tak ada langsung.

Sedih sebab dia sederhana? Langsung tidak! Laporan prestasi akademik itulah nanti yang akan membakar semangat juangnya di masa hadapan. Lagipun untuk masuk universiti atau mohon kerja nanti mereka tidak minta sijil akademik tadika, jadi tak usah sedih ya, sayang 

Nanti bila besar dan kamu baca posting ini, ketahuilah tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Yang penting usaha. Mama awak dulu masuk sekolah tahu A-G aje, tak pernah rasa alam tadika tu macam mana. Tetapi kalau rajin berusaha dan mengulangkaji, Insya Allah nanti boleh setanding atau lebih baik dari orang lain. Masa kat universiti dahulu, kertas pertama peperiksaan yang mama ambil dapat kosong – zero – telur ayam! Siap disaran berhenti belajar pun ada. Itulah yang buatkan mama bangkit balik dan belajar sampai peringkat Sarjana. Yang penting, kamu jadi manusia yang berguna bila besar nanti.

Aku dan Hadi kena usaha lebih kuat lagi. Ada setahun lagi sebelum dia masuk sekolah rendah. Tadi masa sembang-sembang dengan Hadi, kami berkongsi pendapat yang sama. Kita akan lalu semua ini bersama-sama, sebagai satu keluarga yang saling mendukung antara satu sama lain.

Eskandar Dzulkarnain Abd Hadi, mama dan abah sayang kamu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar