Pop! Goes The Weasel

Half a pound of tuppenny rice,
Half a pound of treacle.
That’s the way the money goes,
Pop! goes the weasel.
Up and down the City road,
In and out the Eagle,
That’s the way the money goes,
Pop! goes the weasel.

A penny for a spool of thread,
A penny for a needle.
That’s the way the money goes,
Pop! goes the weasel.

Every night when I go out
The monkey’s on the table
Take a stick and knock it off
Pop goes the weasel

Round and round the mulberry bush
The monkey chased the weasel.
The monkey stopped to pull up his socks
And Pop goes the weasel.

I’ve no time to plead and pine
I’ve no time to wheedle
Kiss me quick, and then I’m gone
Pop! Goes the weasel”

All around the cobbler’s Bench
The monkey chased the weasel.
The monkey thought it all in fun,
Pop, goes the weasel.

==============================

Mendidik anak…memupuk minat anak atas sesuatu perkara bukannya satu perkara yang enteng. Sebagai seorang ibu yang sentiasa berhutang masa dengan anak-anak, kesempatan masa yang ada memang diperuntukkan khas buat mereka berdua, Eskandar Dzulkarnain dan Ezzudin Dzulfikar.

Mereka berdua punya minat yang sama – dua-dua suka tengok Barney. Boleh dikatakan rutin mereka hari-hari mesti ada sesi menonton VCD Barney.

Jadi baru-baru ini aku balik dan menonton dengan mereka. Bila lagu ‘Pop The Weasel’ aku perhatikan Eskandar sangat teruja. Janganlah panggil dia masa ni…konfem dia tak layan. Ezzudin biasalah…sambil tergolek-golek depan TV dia pandang juga mana yang dia rasa dia minat.

Aku mula menyanyi bersama bila mana lagu di atas mula dimainkan. Eskandar nampak seronok. Dua-tiga kali aku ulang. Kemudian aku siap buka versi lain di Youtube. Pun dia suka jugak. Tapi dia lebih suka kalau aku nyanyi sekali. Part ‘pop the weasel’ sambil cucuk pusat tu seakan dinantikan pulak.

Pendek katanya, kalau kita nak anak kita suka sesuatu perkara, kita sendiri kena buktikan depan mata dia yang kita suka benda tu. Itu sebab ramai anak-anak suka pegang tab/handphone sebab dia sendiri tengok mak abah dia ralit usik benda tu.

Setiap kali dia nampak Tok Mama dia  sapu lantai, dia pun seboleh-boleh nak capai penyapu nak tolong sama.  Budak-budak sedari kecil memang observant. Selalu aku perhatikan Ezzudin akan perhatikan apa juga yang Eskandar buat. Mungkin sebab dia kecil lagi, apalah sangat dia boleh buat dan imitate. Tapi sebagai anak kedua, aku tahu potensinya di mana.

Satu benda aku ralat, aku belum ada masa bacakan buku untuk dia sebelum tidur – tiap-tiap malam. Aku cuma sempat baca buku Roar Roar bila kala aku balik rumah mama sahaja. Sambil-sambil tu aku tanyalah mana monkey, mana lion dan mana elephant yang ada dalam buku tu.

Aku mahu anak-anak bersama-sama aku membaca di bilik bacaan kecil di rumah kami. Membantu aku memasak, mengemas rumah dan beraktiviti bersama setiap hujung minggu.

Aku dan Hadi sama-sama cuba mengatur masa, menjadi yang terbaik untuk mereka berdua. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua. Aku mencuba untuk mengubah masa depan kami sekeluarga.

Bersabarlah Baini…tuhan itu Adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *