Pesanan Hari Raya Buat Semua

kad-raya

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir dan Batin kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog akusangpenerbit.com

Suka saya ingatkan untuk tuan puan semua dan ingatan saya juga beberapa perkara yang perlu/boleh/wajar kita amalkan setiap kali tibanya hari lebaran :-

  • Berhati-hatilah dijalanraya dan elakkan menjadi sebahagian daripada statistik Ops Sikap 7
  • Juga laporkan kepada balai polis berhampiran berapa lama anda akan meninggalkan rumah beraya.┬áMereka akan mengadakan rondaan dan cuba memastikan keselamatan rumah anda terpelihara sepanjang ada seronok beraya.
  • Kalau raya nak bawa kereta dengan lemah gemalai diiringi lagu Balik Kampung ataupun 1 Syawal 4UC2, silalah berlonggok di lorong kiri sekali ya. Diulang kiri sekali.
  • Yang beranak-pinak pulak, dalam pada bersembang macam tak pernah jumpa sejak daripada dalam perut tu, tolong intai-intai jugak anak-anak anda. Kang ada yang tersedak kuih.
  • Makan bersepah semua faham, kanak-kanak kot. Tapi selongkar peti ais tu kategori No-No!
  • Memandai-mandai pegang remote tukar Astro Ceria pulak big No-No! Nasihatkan anak anda, “kita datang rumah orang, kena minta izin dulu nak oi jangan buat malu buka omak buleh?”
  • Kalau tuan rumah beri duit raya awal sebelum kalian nak balik, bagitahu anak tu jangan gatal-gatal ┬ámengintai berapa nilai yang tuan rumah kasi. Dia dah sudi sedekah tu kau syukur ajelah anak oi. Kot terlepas ‘singgit aje’ dengan desibel yang kuat tak ke tecik ati tuan rumah tu.
  • Omak-omak, aunty-aunty jangan nak small talk tak tentu hala sangat tanya bila nak beranak, bila nak tambah anak lelaki, perempuan, sepasang, sedozen bagai-bagai ni. Area ini super sensitip i ripit – super sensitip!
  • Tanya bila nak kawin pun satu hal. Kecuali disusuli dengan “ini RM50k, bila nak kawin” itu takpe..
  • Ulasan selari saiz badan juga diharamkan sama sekali. Dulu kecik, sekarang besar – dulu besar sekarang kecik. Orang kot…memanglah struktur badan berubah. Alangkan meja kopi pun boleh sopeh-sopeh bila makan dek masa.

Yang lain-lain tu fikir-fikirlah sendiri. Apapun, kontrol ayu dan macho di hari raya. Siapa yang ada buat salah pada kita dan malu-malu alah tu memang itulah standardnya…malu-malu alah. Kita berayalah dengan perasaan tenang.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Jangan kosong-kosong. Hidup ini bukan permainan yang sesuka-suki nak reset balik jadi kosong. Itu kalau rajin Kak Beni ceramahlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *