Pertama November Ini…

image

Pertamanya, catatan ini tiada kena-mengena dengan poster di atas. Ia hanya hiasan sanggul yang kebetulan kena dengan cerita yang aku nak tulis. Bulan ini bulan November. Aku sudah menggunakan semua wild card berfoya-foya pada bulan-bulan terdahulu. November juga aku nekad untuk meluruskan kembali kehidupan yang senget-benget di pelusuk sudut. Rasanya tadi, mengambil berkat Jumaat aku memulakannya.

Tugasan individu untuk kelas War, Religion and Society selamat aku hantar secara email. Esok baru aku hantar dalam bentuk salinan keras. Aku menambah-baik kertas semester lepas dengan memasukkan beberapa elemen baru bersesuaian dengan silibus yang banyak berubah berbanding semester lepas. Agak gementar bila pensyarah email balas dan mengatakan dia akan membaca terus tugasan tersebut sebelum dia masuk tidur. Harapnya tiada penambahan dan semakan maya mengatakan ia 1% plagiat. Hebat weh…

Esok aku perlu memberi katrij baru untuk memudahkan urusan kehidupan pelajar yang sedikit sengkek, tetapi tidak merana.

Minggu depan aku mahu memastikan hal tuntutan insurans selesai. Ia sangat lembab dan aku salahkan manusia. Tak mahu membebel panjang di situ kerana hanya menyakitkan jiwa raga.

Semenjak dua menjak berlari ni, rasanya badan sedikit ringan. Rasanya aku perlu membeli seluar baharu. Oh, kenyataan itu membakar diri sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *