Permulaan 2012 : Perginya Seorang Sahabat..

Aku menghayun permulaan 2012 dengan tenang mulanya. Membuat assignment yang belum siap, melayari internet mencari bahan rujukan dan menghabiskan masa bersama Hadi di rumah. Menjelang petang, sewaktu aku membaca newsfeed rakan-rakan di FB, update dari Azrul Amir sangat mengejutkan. Dia memberitahu seorang rakan kami yang pernah berkhidmat di RTM telah dijemput oleh pencipta-Nya. Aku cuak..sangat cuak. Lantas aku buka FB milik Khairil Nizar dan ucapan takziah memenuhi dinding FB dia.

Pantas aku cabut Beri Hitam dari laptop dan sms dari Farah mengesahkan berita yang aku baca. Aku masih di fasa denial sebenarnya..Aku tahu dia sakit dan dimasukkan ke hospital di Seremban. Pantas aku BBM Sri Wazni, seorang yang rapat dengan arwah. Dengan emotican sahaja airmata aku menderu tanpa dapat ditahan.Ya, Allah…aku rasa sebak yang teramat. Susah nak aku terangkan perasaan yang ada.

Arwah senior aku di UiTM. Dimata aku, dia super genius..Berkerja di RTM menjadikan kami sering bertemu. Masa aku menjadi penerbit siaran langsung, dia antara wartawan yang kerap bertugas dengan aku untuk membuat lintas langsung berita. Melepak diwaktu senggang semasa berkerja dan bersembang antara perkara yang membuatkan aku mengenali dia. Walaupun tidaklah serapat rakan-rakan dibilik berita, Khairil yang aku kenali seadanya seorang yang mudah diajak bersembang dan senang berkerja dengan dia.

Kali terakhir bertemu ialah di Hotel Hilton KL, sewaktu PROTON mengadakan majlis berbuka puasa bersama media. Sempat dihulurkan kad tempat kerja beliau yang terkini dan kami bersembang bersama beberapa rakan lain dari bilik berita RTM.

Damailah engkau di sana sahabat..hanya iringan Al-fatehah yang dapat aku titipkan buatmu. Al-fatehah…Takziah buat keluarga dan sahabat-sahabat arwah.

(aku tak letakkan gambar arwah kerana masa aku membelek gambar dia tadi aku menangis tak berhenti..)

*************

Semasa berBBM dengan Sri Wazni, aku dalam perjalanan ke Uptown Damansara untuk keluar makan dengan rakan-rakan sekelas. Tersedu-sedan sepanjang perjalanan dan Hadi meminta aku bersabar banyak-banyak. Setidaknya perjumpaan dengan Izzatul, Farah, Fariq, Zhafrie, Azam dan Kak Ros membuatkan aku tenang sekejap.

Bila difikirkan balik, tentang ajal maut menjemput tak kira masa, aku rasa takut nak melalui masa depan. Tapi semuanya telah tertulis dan sebagai pelaku pentas dunia, aku hanya dapat memainkan peranan aku sementara watak ini masih tertulis dikertas-Nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Permulaan 2012 : Perginya Seorang Sahabat..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *