Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Assalammualaikum dan Selamat Petang…
Dalam pada menguruskan hal kerja di pejabat petang Ahad nan mendung ini, Kak Benny kau nak cakap sikit pasal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tak menahan nak dimulakan esok.

Yang pertama sekali, sudah 2 hari kes positif Covid-19 mencecah 3 angka sebaik sahaja PKPB diumumkan. Memang betul, kes akan naik sebab saringan semakin banyak dibuat. Kadar kesembuhan pula mencecah 70.07% dan nyawa yang melayang di Malaysia adalah 105. Korang mungkin feeling-feeling, we are doing good guys pala bana dengan keadaan kat pasar raya, pasar juadah dan tempat-tempat lain macam manusia dah 500 tahun tak pernah keluar rumah.

Yang kedua, ekonomi memang menguncup di ruang alam maya galaksi mana sekalipun termasuk di Nanda Parbat, Gotham, Star City waima Mesopotamia sekalipun disebabkan corona virus. SEMUA manusia risau dengan keadaan ini khususnya yang tidak berkerja dan tidak mempunyai pendapatan. Walaupun PKP, yuran anak tetap kena bayar, bil-bil semasa tetap kena bayar dan perut tetap kena isi. Benar-sebenar-benarnya tidak disangkal lagi oleh manusia biasa seperti kita.

Yang ketiga, beberapa sektor baru dibuka lagi dan ini menambah bilangan manusia yang akan keluar dari rumah untuk berkerja. Ini bukan bermakna semua jentera kerja dikerah masuk kerja. Pelaksanaan masih macam PKP 1 – penggiliran kerja, kerja dari rumah dan ke pejabat jika perlu. Beberapa premis perniagaan makanan juga akan dibuka dengan langkah pengawalan perlu diambil oleh empunya kedai seperti dapatkan nama, alamat dan nombor telefon pelanggan untuk dihubungi sekiranya berlaku apa-apa casualties.

Keempat, semua orang kena lebih berhati-hati, menjaga kebersihan dan mendidik anak-anak supaya mengamalkan penjarakan sosial, basuh tangan dengan kerap dan pakai pelitup muka. Perlu diingat, sekolah masih ditutup dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil pastinya mempunyai masalah besar untuk menguruskan hal itu aje.

Okay sekarang ni kita sembang manusia pula. Manusia yang banyak kelemahan, degil, ignorant dan ciri-ciri negatif lain yang ada dalam diri manusia tak kisahlah bangsa apa atau agama apa sekalipun.

1. Kalau kau dah ambil langkah berjaga-jaga yang terbaik boleh kau fikirkan untuk mengelakkan terkena jangkitan, boleh tak kau dengan rasa yakin dengan suci hati katakan yang sama pada rakan-rakan yang akan korang jumpa esok? Tahu ke sejarah hidup dia seminggu lepas jumpa siapa, beli barang dapur kat mana dan lokasi-lokasi lain yang dia pernah pergi?

2. Pembawa yang tidak bergejala adalah satu benda yang perlu kita semua risau sebab dia sendiri tak tahu dia tu sebenarnya sumber corona virus. Pembawa ini berpotensi merayap-rayap di Jakel, Sogo, Jalan TAR (aku petik KL aje), bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan komuter serta bersesak-sesak membeli kuih talam kat pasar juadah yang korang gedik-gedik teringin nak makan tu.

3. Manusia ni, apa yang kau tak bagi, itulah yang dia nak. Dulu suruh kerja sibuk nak memonteng. Ada peluang nak bersenam tak buat juga sibuk menternak lemak. Boleh bantu bini beli barang dapur, tak juga bini buat semua. Bila ada kelonggaran, semua tak menyempat-nyempat nak keluar rumah, nak merasa isi minyak murah dan nunek-nunek yang lain. Meramaikan manusia dalam satu sektor dikhuatiri akan mewujudkan klusteriah-klusteriah baharu.

4. Mendidik anak-anak dalam pengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan. Orang dewasa lagikan degil namatey, inikan pula kanak-kanak. Alangkan kau dulu pun menipu cakap puasa tapi kat sekolah makan dengan kawan dan balik buat-buat letih. Belum kisah berkongsi makan dan minuman lagi. Macam mana pula dengan anak-anak kurang upaya (OKU) yang jangan kata nak dengar arahan, bercakap pun tak reti lagi? Perkara ini aku tak baca lagi siapa sentuh dalam penulisan hari ini.

Aku risau….sangat risau. Aku tak yakin keputusan macam ini memihak pada semua pada skala yang besar. Ekonomi tetap suram, kes berpotensi naik dan vaksin masih belum ada. Menang sementara sahaja yang kita boleh capai. Janganlah samakan corona virus dengan denggi, malaria dan polio. Kes-kes tadi hampir pasti ada langkah pencegahannya.

Jadi kita tunggu sahajalah. Kita jaga kita. Aku memang tak gemar nak membebel panjang-panjang tapi keadaan semasa ini betul-betul menggusarkan. Alangkan aku yang dalam essential services inipun rasa macam tak cukup rehat, inikan pula frontliners yang lain seperti doktor, jururawat, polis, tentera dll.

Lagi satu nak cakap, memang kita ada kemampuan yang cukup seperti beribu-ribu katil untuk pesakit, mesin ventilator dan lain-lain equipment tapi kekdahnya bukan ada 100,000 katil, kita penuhkan semua katil tu. Janganlah sampai berjemaah kebumi dalam satu liang baru nak menyesal. Tiap-tiap hari berdoa mohon Allah berikan petunjuk. Petunjuk tu dah ada kat para 2 laaaaaa…..!
#apabilakakbennymembebel500kmsejam
#duniadalambahaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *