Perigi Hang Tuah..

Perigi Hang Tuah

Kalau minat berkunjung ke tempat bersejarah dalam negara, silalah ke Melaka. Melaka mungkin negeri yang kecil, tapi kalau diselongkar sejarahnya seminggu tak cukup kalau bercuti ke sana. Kampung Hadi memang di Melaka, tapi itu sikit pun tak membantu penjelajahan aku di sana. Aku dah lama mahu mencari kubur Hang Tuah. Lebih 13 tahun berkasih dengan dia baharu beberapa tahun sudah dia tunjukkan kubur tu tak sampai 5km pun dari rumah dia! Perigi Hang Tuah nie pun merupakan kunjungan kami berdua yang pertama. Sangat aku tak faham…Ia ibarat duduk di Hulu Kelang tapi tak pernah pergi Zoo Negara!

Perigi Hang Tuah ini terletak di Kg. Duyong, dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Perigi ini tidak pernah kering, walaupun kawasan ini pernah dilanda kemarau. Airnya jernih dan dikatakan dapat menyembuhkan penyakit dan juga kegunaan membayar niat. Jujurnya aku agak aneh di situ. Ramailah yang datang membasuh muka dengan air ini dan berniat dengannya. Aku hanya bersyukur sampai ke sini dan melihat sendiri – oh, inilah Perigi Hang Tuah.

Insyaallah jika ada kesempatan aku mahu melihat semua kesan sejarah di tanah bertuah ini. Kalau luar negara aku boleh bersungguh-sungguh mencari masa dan mengumpul dana, kenapa tidak di Melaka 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Perigi Hang Tuah..”

  1. perigi hang tuah tu 5km je dr umah hadi??? pastu dh 13thn kawen baru hadi nk bwk p sana? haahahah.. . keji siotttt! menyorokkan fakta sejarah btoi la laki kak abby ni! :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *