Percubaan Nik Wallenda Menyeberang Niagara Falls Dengan Tali..

Kalau korang suka pada aksi akrobat, stunt dan cubaan-cubaan pelik mencipta rekod dunia, nama keluarga Wallenda seharusnya tersemat padu dalam ingatan. Keluarga ini selama bergenerasi lamany memang sinonim dengan perlakuan di atas, dan kini generasi ke-7 Wallenda, Nik Wallenda (33) mengumumkan akan mencuba menyeberang Niagara Falls dengan menggunakan tali! Ia memang gila, tapi keluarga dia semua gila. Setakat kegilaan ini tidak aneh pada keluarga Wallenda.

Nik Wallenda selain berjalan atas tali dan wayar, kadang-kadang buat gila berbasikal di atasnya. Merata dunia dia telah pergi dalam usaha memahat namanya sebanyak mungkin dalam rekod dunia. Aku rasa Malaysia belum pernah menjemput Nik Wallenda ke sini. Menara KL atau KLCC kalau bijak boleh buat sesuatu/usahasama dengan Nik Wallenda. Ini lebih murni dari memberi gelaran Datuk pada mana-mana entah selebriti yang kononnya boleh mempromosi Malaysia di mata dunia 🙂

Satu yang menarik tentang lelaki ini, dia melamar tunangnya di Montrea, Canada di satu persembahan pada ketinggian 30 kaki, atas wayar dan sempat melutut – 0n bended knee la cakap mat salleh. Serius epik…

Ok, berbalik pada Niagara Falls.  Aku membayangkan macam manaNik Wallenda akan mengimbangkan badan dengan deruan air yang deras dan seram dibawahnya. Semoga cubaan ini berjaya dan dia tidak mati seperti mendiang datuknya dalam usaha mencapai impian ini. Kalaulah aku berpeluang merakam detik indah sebegitu alangkah indahnya kerjaya di hari muka. Good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *