Penutup How I Met Your Mother : Edisi Tertunda

maxresdefault

Hampir sebulan berlalu dan tiada lagi keghairahan menantikan musim baharu drama bersiri How I Met Your Mother. Aku merupakan peminat setia siri ini. Dari zaman DVD haram – DVD RM4 di Pulau Pinang dan DVD Hard Box dengan DVD sekeping dapat harga RM8 sebab sudah jadi pelanggan tetap. Kalau tak masaklah sekeping DVD antara RM10 KE RM12 sekeping. Maklum sahaja zaman itu aku tidak mampu melanggan Astro dan belum masuk dunia download dalam bentuk soft-copy secara agresif lagi.

HIMYM telah tamat, tamat setakat 9 musim. Banyak komen yang aku baca tentang penutup siri ini. Yang membuatkan aku sedikit bersabar tentang penutup drama ini ialah aku baca semua komen itu dalam keadaan aku masih belum menonton episod finale! Jadi perasaan marah, tak puas hati dan keliru pra-tontonan itu membuatkan kadar kesabaran berganda ketika butang ‘PLAY’ itu aku tekan.

Ringkasnya Lily dan Marshall dikurniakan bayi perempuan yang dinamakan Daisy (Ok, ada cerita menarik di sini. Aku simpan dahulu dan aku tulis apabila ada masa yang sesuai.) Barney ada seorang anak dari seorang perempuan yang hanya dikenali sebagai Nombor 31, Robin berjaya menjadi wartawan yang dikenali dan mengelilingi dunia. Kalau siapa yang perasan, ada dinyatakan entah dalam episod mana Robin akan jadi seorang pemain rodeo kalau tak silap, tetapi tidak dijelaskan sampai ke sudah.

Ted pula berkahwin dengan pemilik payung kuning, yang kakinya sempat diintai satu masa dahulu, yang pernah masuk dalam kelasnya Econ 305 – yang kepada 2 anaknya sedang mendengar diceritakan kisah bagaimana dia bertemu dengan ibu mereka! – Yang kemudiannya mati sebab sakit dan Ted minta izin pada anak-anaknya untuk mula merapati Robin kembali!!

The Yellow Umbrella
The Yellow Umbrella

Nampak tak? Nampak tak?

Betul, kita boleh kata memang jelas dan nyata orientasi Ted hanya berlegar pada Robin sebelum Tracy muncul. Tapi agak-agaklah..berapa tahun penonton menanti betapa cinta yang ulung suci murni bagai-bagai yang Ted percaya sangat-sangat itu memang wujud. Walau tidak seperti alam fantasi pun paling tidak berilah keadilan pada watak ‘mother’ kerana tajuknya pun How  I Met Your Mother, bukannya How I Met Your Aunt Robin.

Apapun, terima kasih atas keseluruhan pembikinan drama ini, aku hargai buatannya walaupun berkesudahan yang menghampakan. Malulah pada 30 Rock yang lebih jujur pengakhirannya. Aku berterima kasih kepada pengalaman Lily dan Marshall yang sedikit cerminan kehidupan aku dan Hadi, juga betapa aku sangat terkesan dengan episod Symphony of Illumination, juga lagu Mahatma Gandhi, and the pancakes, and the dragon…But ummmph dan lain-lain yang menjadi bualan wajib aku dan rakan-rakan setiap kali bersembang tentang HIMYM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *