Pengkalan Gelap:Tiada Jimba Tahun Ini..

image

Sebagai presiden Pengkalan Gelap, dengan sedih hati aku umumkan tiada percutian menutup 2011. Semua ahli sibuk dengan kerja dan belajar. Presiden aje untung belajar sepenuh masa. Juga ditambah dengan musim exam dan ekonomi yg meleset, tiada dapat kita menggunakan passport antarabangsa seperti tahun-tahun lepas.

Bila lihat gambar-gambar lama,terasa pantasnya masa berlalu. Tapi kenangan tetap abadi. Kadang-kadang,bukan tempat yang buat kita seronok, tapi kaum yang diheret dalam percutian itu. Gelak ketawa yang mengisi suasana dan kisah-kisah klasik yang akan dikenang bila sekali-sekala mengimbau kenangan lama.

Bila ingat balik masa kena tahan askar Thailand, dikejar anjing hitam dipantai, melihat rafflesia sebesar mangkuk astro tergantung dan lain-lain kisah lucu,aku rasa nak naik kapal terbang sekarang jugak dan pergi ke mana juga destinasi yang boleh memberi aku pengalaman baru. Aku perlukan zat bercuti sebagai pemacu untuk menjadi manusia yang bersyukur.

2012 pasti sibuk dgn pengajian. Tapi jika ada kelapangan,aku usahakan juga walaupun setakat ke Langkawi. Jadi ahli Pangkalan Gelap,utamakan pelajaran…jimba-jimba pasti menyusul. Itu janji presiden. Dengan syarat tiada sekatan ke luar negara kerana PTPTN (you know who…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *