Penghuni Sementara..

Entah di mana silapnya, subuh itu aku terjaga dalam kesakitan perut yang melampau. Kalih kiri-kanan semuanya sakit. Tapi bila perut semakin menegang dan terasa pedihnya nak bergerak, aku terus minta Hadi hantar ke PPUM. Terus ke wad kecemasan. Ingatkan mungkin kena sedas injection, lepas tu bolehlah aku balik. Rupanya tidak..aku ditahan.

Mujur aku ke sana awal pagi. Sebaik sahaja sampai di wad di mana aku ditempatkan, doktor pakar baharu saja memulakan sessi rondaan. Nasib sangat baik sebab kebetulan Dr. Valli yang sedang meronda. Terkejut juga dia tengok aku masuk wad, sebab semalam aku baru lepas buat US dengan beliau.  Lepas 2 botol air dimasukkan dalam badan, barulah aku mula rasa mengantuk. Lena ayam sekejap dan hanya jaga balik bila waktu melawat bermula.

Dua malam aku ditahan. Mengerekot membentuk huruf “s” kecik sebab kesakitan dan kesejukan di wad. Mujur malam kedua Farah bawakan aku KFC yg ayamnya masih panas. Malam itulah baru aku tidur lena, mungkin kerana sudah 6 botol air dipaksa masuk dalam badan. Kalau ikutkan doktor mahu tahan lagi untuk pemerhatian. Aku dah tak mahu..serba-serbi payah bila aku di sana. Yang utama aku tah mahu susahkan Hadi dengan mana nak sibukkan bini dan kerja yang melonggok selagi tak election.

Kaler ubat nie macam kasut Nike yang aku mahu beli tapi tak mampu..

Satu yang utama, aku kena tahankan selera makan makanan yang pedas ini buat sementara waktu. Insaf rasanya.. 3 bulan aje lagi, permudahkanlah. ┬áDengan mana runsing nak menyiapkan tesis lagi. Aku mahu semua – jadi terus kayuh tanpa banyak bunyi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *