‘Pengaruh Tidak Baik’

eminem

Kadang-kadang, kita tahu lilin itu panas, tapi kita nak juga rasa dengan mencurahkan cariannya sedikit di tangan. Tidaklah mengaduh kesakitan yang teramat, tetapi cukup untuk mulut melantun ‘aduh’. Begitu juga perasaannya melihat luka kering mengelupas dibadan, terasa gatal tangan menarik-narik cebisan agar tanggal. Sekadar contoh yang dapat difikirkan dalam masa terdekat. Kalu diberi masa yang lebih panjang mungkin lebih ilmiah contoh lain yang aku berikan.

Itulah dia…kadang-kadang kita tahu, tapi kita masih mahu buat. Kalau bahasa mudahnya yang terlarang itulah godaan. Menguruskan perasaan ‘mahukan yang  bukan milik kita’ bukannya mudah. Ia menuntut satu iltizam yang menggunung. Sebab sebagai manusia berperasaan dan kehendak, kita cenderung memuaskan diri dengan usaha mencapai kehendak-kehendak ini.

Kalau ibu dan bapa kita cakap jangan kawan dengan si polan dan si polan sebab dia bla..bla..bla, percayalah dengan si polan dan si polan tu juga dia nak berkawan. Nak juga dia tahu apa yang bahayanya.. Adakah ibu dan bapanya pentipu? Bila sudah terkena baharulah terasa insaf di hati kerana mengabaikan kata-kata mereka.

Begitu juga dalam faktor pemilihan pasangan. Yang kita katakan jangan-jangan, yang jangan-jangan itu jugalah yang dia tergedik-gedik nak bercinta.

Empat perenggan pertama masih pendahuluan yang panjang, tidak menjelaskan subjek dan predikat entry ini sebenarnya. Aku rungkaikan begini sahaja:-

Ya, aku tahu api panas, aku tahu kena hujan basah dan aku tahu pengaruh baik jahat. Tapi kalau itu memberikan aku ruang untuk merasa warna-warni hidup dengan cairan adrenalin mengepam jantung menjadi aku setapak bernyawa dari sedia ada, so be it! I felt alive before and I wanna feel it again and again.

Yup, I’m ready and bring it on!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *