Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO


Kredit : Berita Harian

Keputusan pemilihan telah diketahui. Tahniah pada yang berjaya..Harapnya jangan janji aje berdegar-degar, hasilnya hampeh geduak jua..

Aku sempat menyaksikan keputusan secara langsung dari Mini Studio RTM di PWTC. Malam ini, aku hanya mahu menyaksikan keputusan Timbalan Presiden dan MT yang berjaya. Memang aku bersorak apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menang jawatan itu. Juga masa menteri aku, Datuk Ahmad Shabery sangkut jawatan MT. Harapnya tiada rombakan menteri untuk kementerian aku kerana aku tak kuasa rasanya menyaksikan aksi-aksi yang tak ingin aku lihat untuk tahun 2009 ini.

Aku tak tahu apakah keputusan malam ini menjadikan team UMNO lebih mantap. Sebab menyaksikan Ketua Pemudanya sudah menggoyahkan hati ahli-ahli UMNO. Yang lain itu sekadar ok la…mungkin mampu merubah nasib parti ini.

Apapun, ini bukanlah permulaan dan bukan pengakhiran. 3 pilihanraya kecil bakal menentukan sokongan rakyat dan bayangan PRU akan datang. Jadi, rapatkan barisan..udah-udah la sebak-sebik di dada dan masa ini rakyat melihat – di mana kesetiaan anda selepas menang/kalah pemilihan.

Aku takde kepentingan langsung dalam ini gambar hu..hu..hu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *