Pattaya Hari 2 : Sanctuary of Truth

Pintu masuk Sanctuary of Truth
Pintu masuk Sanctuary of Truth

Selesai fitting baju, kami mengambil keputusan untuk melawat Sanctuary of Truth (SOT). Kalau nak tahu sejarah tempat ini, bolehlah rujuk laman web mereka sebab aku rasa malas pula nak menterjemah pengkisahan tempat ini.

Harga tiket untuk masuk juga berbeza-beza mengikut pakej yang kita mahu. Kalau beli secara dalam talian juga lain harganya. Kalau tak silap, harga tiket lebih kurang dalam TBH500 seorang. Kalau pakej naik kuda akan dapat percuma urut kaki selama 30 minit. Ia berharga TBH750. Naik gajah lebih mahal. Tak ingat berapa. Disebabkan aku sudah merasa naik gajah di Koh Samui, maka aku teringin pula nak naik kuda.

IMG_20160118_133630

Untuk ke SOT, kita perlu menuruni anak tangga yang agak curam juga. Turun takde masalah sangat. Membayangkan kejap lagi nak memanjat naik tu buat aku insaf kejap. Tapi alang kepalang sudah ada di sini, layankan aje. Kami tidak terus menaiki kuda. Rasanya lebih elok kami tawaf jalan kaki dahulu. Lepas habis menjelajah kawasan ini barulah naik kuda sebagai finale, gittew.

IMG_20160118_134113

IMG_20160118_134416

IMG_20160118_135041

IMG_20160118_135057

IMG_20160118_135605

IMG_20160118_143534

Selepas penat berpusing, meneliti kesenian ukiran dan mengambil gambar, kami kemudiannya membasahkan tekak dengan air buah. Aku minum air mangga sementara Hadi setia dengan air nanas. Kami duduk bersembang dalam kepanasan ya amat. Memang ketika ini tidak merasa langsung angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu sebab memang matahari terpacak atas kepala.

IMG_20160118_144144

Usai minum, kami terus ke tempat naik kuda. Alah takde yang hebatnya pun. Kuda pusing 2 pusingan dan berhenti ambil gambar. Nak berlama-lama pun kami sudah meronda dah tadi. So, terus ke tempat urut kaki. Kami terpaksa menunggu dalam 30 minit kerana yang mengurutnya ada 2 orang aje. Yang menadah kaki lebih ramai. Tukang urut itu jugalah yang menjual tiket di kaunter masuk tadi. Memang sedap dia urut. Hadi sampai tertidur dan berdengkur.

IMG_20160118_152609

Kemudian kami terus balik hotel dan berehat. Panas sangat hari ini. Dapat tidur sekejap pun jadilah. Zzzz…zzz…zzz…

IMG_20160118_145521

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *