Pattaya Hari 2 : Mana Nak Pergi?

IMG_20160118_091357

Disebabkan keletihan dan mungkin kerana tidur pun solid, aku bangun awal. Pukul 6.30 pagi waktu Thailand aku sudah terjaga. Melayan saluran tv mana yang sempat dan melayari internet untuk mencari maklumat apa yang menarik di sini. Jam 7.15 pagi kami keluar meronda dan mencari sarapan. Oleh kerana misi semalam iaitu mencari tempat makanan halal gagal, maka kami teruskan pencarian itu pagi ini.

Sebelum sarapan, kami lepak tepi pantai dahulu. Ya ampun….lamanya aku tak jejak pantai! Tolaklah Pantai Puteri di Melaka sebab memang setiap kali balik Melaka aku akan singgah melepak di sana. Pattaya sangat cantik dan bersih. Bolehlah aku katakan ia adalah bandaraya pantai yang sibuk, tetapi tenang dan terpelihara. Korang kena datang sini dan mungkin akan faham kenapa aku cakap macam tu.

IMG_20160118_091330

Lepas mengambil gambar seadanya baharulah kami meronda mencari makanan halal. Jujurnya, susah nak cari di sini. Aku cari pun bukan sebab aku memilih sangat. Kalau ikutkan lepak mana-mana kedai minta makanan laut sudah. Tapi aku memikirkan kalau aku bawa keluarga, praktikal tak tempat ini. Akhirnya kami bertemu dengan satu kedai makan yang ada logo halal. Belek-belek menu ada jugak jual babi di sini. Aku memesan nasi putih dengan udang masam-manis manakala Hadi pula memesan sandwich sahaja. Kami pilih kedai ini, selain sebab terpedaya dengan logo halal itu ialah sebab kedai ini ada wifi. Senang nak merangka destinasi seterusnya. Macam tu punya menu pun kena THB420. Memang takdelah nak singgah lagi. Aku terus andaikan aku brunch terus pagi itu.

IMG_20160118_102228

IMG_20160118_104245

Selepas makan, kami meronda-ronda dan mencari masjid. Kami jumpa 2 masjid di sini iaitu Masjid Hidayatussaligeen dan Masjid Darul Ibadah, Pattaya. Lokasi antara satu masjid ke satu masjid in tidaklah jauh sangat. Ya, dikawasan ini banyak tempat makan yang menghidangkan makanan yang halal. Tapi jauh sangat pulak dari kawasan hotel. Lagi pula ia terletak ditepi jalan besar. Nak patah balik jauh! Sudahlah jauh, kalau datang malam pasti sesat-larat dibuatnya.

Masjid Darul Ibadah
Masjid Darul Ibadah
Masjid Hidayatussaligeen
Masjid Hidayatussaligeen

Kemudian kami bergegas ke kedai membuat sut. Kami dijadualkan untuk fitting seluar sekitar jam 11.00 pagi. Tekak sangat haus. Cuaca di sini agak panas dalam lingkungan 32 – 34 darjah selsius. Memang rentung kulit aku akibatnya. Aku pula jenis yang tidak berlosyen bagai-bagai. Tak lama pun fitting seluar. Lebih kurang 10 minit selesai.

IMG_20160118_123959

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *