Pattaya Hari 2 : Kehidupan Malam Yang Meriah!

IMG_20160118_205748

Malam di Pattaya memang sangat mengujakan. Pattaya merupakan syurga dunia bagi manusia-manusia yang dahagakan kehidupan malam yang penuh dengan warna-warni, muzik, perempuan cantik dan street performance. Kalau mahu yang ekstrem, bolehlah melunaskan nafsu serakah dengan fantasi-fantasi yang anda mahukan. Pokok pangkalnya – bayar sahaja.

Hooters di sini baru saja di buka. Kala kunjungan aku, tak sampai seminggu mereka mula beroperasi. Kerana itu kami bercadang untuk makan malam di sini. Pada mulanya mahu melepak di Hard Rock Cafe sahaja. Tapi entah kenapa, HRC sini tidak meriah dan penuh seperti HRC yang lain. Lagi pula, Hadi mahu belanja makan malam sempena hari lahir aku. Jadi aku layankan aje, dan aku sudah membayangkan menu yang bakal aku order mesti tak ubah seperti menu yang aku pesan di Singapura dahulu.

IMG_20160118_205025

Ha, memang itulah menunya. Aku was-was. Maka dalam keadaan was-was lebih baik jangan. Jadi aku hanya memesan sotong goreng dengan gegelung bawang bersama-sama air coke. Sambil makan, kami dihiburkan dengan live band. Aku enjoy sebab dia nyanyi lagu yang aku tahu hehehe. Agak risau juga bila penyanyi tu dok usha-usha aku yang rancak menyanyi. Kang kena hulur mic, jahanam.

IMG_20160118_211050

Usai makan malam. Aku dan Hadi kemudiannya mahu berjalan-jalan di Walking Street. Katanya, semua yang dahsyat-dahsyat ada di kawasan ini. Hadi mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan motorsikal. Di sini, janganlah parking bersepah, confirm kena saman. Agak jauh juga kami parking. Tempat ini sentiasa penuh dengan pelancong.

Berjalan berpasangan, maksud aku di sini lelaki dengan perempuan bolehlah dikatakan selamat daripada agen-agen hiburan yang menawarkan persembahan berbayar. Tak payahlah aku jelaskan persembahan berbayar itu kategori apa, sendiri fahamlah. Jadi bila aku dan Hadi berjalan-jalan di kawasan Walking Street, tidak ramai yang approach kami. Jadi kami berjalan dengan tenang dan selesa. Tidak rasa teringin pun untuk tengok show di sini sebab aku sudah merasa tengok di Phuket dan Hatyai dahulu. Sama sahaja..pelaku sahaja berbeza.

IMG_20160118_221300

Sekali-sekala kami berhenti apabila ada band-band yang memainkan lagu yang top dan familiar. Nak minum di sini, kami pula sudah kenyang bentak makan malam tadi. Badan pun sudah mula letih. Sebelum balik, kami singgah massage dulu. Oh, indahnya dunia 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *