Pas Kerja

touchid_technology

Entah mana letaknya, pas kerja aku hilang. Jenuh cari. Dalam rumah, dalam almari, dalam peti sejuk pun aku cari. Tak jumpa!

Baju yang berbundut-bundut itu selamat aku lipat dengan harapan mungkin sesat di situ. Pun tak ada.

Satu jabatan aku berjalan, trek kembali jalan yang pernah aku lalui. Mana tahu tercicir dan masih ada di jalanan. Masih tak ada juga.

Dengan berat hati laporan polis dibuat. Yang peliknya alamat majikan dalam sistem masih Natseven Sdn Bhd. Lepas bersoal-jawab dengan pegawai yang mengambil aduan, selesai juga urusan melaporkan kehilangan. Rancak dia bertanya pengalaman kerja aku di tempat lama. Aku ceritalah apa yang dia nak tahu. Dia macam terkagum di situ tetapi hakikatnya tidaklah seindah yang dibayangkan 🙂 Aku lebih gembira di Bukit Angkasa ini.

Kemudiannya aku menguruskan permohonan pas baharu. Gambar terkini pun sudah ada. Maklum sahaja gambar lama dulu sedikit ganas dan tidak selari dengan diri aku sekarang. Aku minta staf uruskan penghantaran borang yang telah lengkap diisi, mahar sejumlah RM30 dan sekeping gambar.

Bila dah siap, dibubuhnya gambar yang lama. Aku tak kisah sangat pun. Sebab memang itu muka aku. Dia cakap, staf aku tak kasi gambar. Staf aku cakap, diorang kata nak pakai gambar lama. Aku pulak jenis kau cakap dia cakap nie memang aku tak kuasa nak layan. Mengabiskan tenaga aje.

Petang itu aku tunjuk pas yang sudah siap pada Hadi. Hadi bunyi juga, kenapa tak pakai gambar yang bertudung. Puaslah aku jaaaastttiiipaaai dekat dia.

“Tukar B, tukar..kena bayar lagi RM30 pun takpelah. Gi tukar..”

Aduh…tuan tabib dah berkehendak macam tu pula. “Ok, gini..i tampal aje gambar yang baharu atas gambar tu. Senang tak menyusahkan sesiapa” kataku cuba menghentikan perbualan. Aku memang tak gemar patah-patah balik buat benda sama lapanblas kali.

“Boleh ke?”

Boleh aje..gambar kad library ai dulu pun bukannya muka ai..i pakai muka Tiara Jacquelina dengan Ida Nerina.

‘Ok kalau macam tu, u pakai gambar Harley Quinn ya…’ begitu permintaan tuan tabib dengan mata yang bercahaya.

5277869-tumblr_o933fs7nxu1rov369o7_1280

p/s: staf aku berjaya menukarkan gambar pas kerja aku itu..khidmat cemerlang tahun ini 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *