Panggilan Ameera Yang Mengganggu…

Aku sedang menggodek handphone baru buatan China yang baru dibeli semalam. Sekonyong-konyong, ia bergetar dengan kuat dan SMS dari Ameera, adik yang bongsu meminta menelefon dia semula..
Hmmm…hati aku berdetak kencang..dalam hati hanya mengagak satu benda yang ingin dia mengadu..Instict begitu kuat, seperti mana yang Prof. Dr. Muhaya terangkan pada aku dan Shuhaimi selepas habis siaran tadi..

Tepat telahan aku…Ameera menangis telefon memberitahu dia rindukan arwah abah. Dia terserempak seseorang yang seiras arwah. Serentak airmata aku gugur tanpa esakan dan nada suara masih normal menenangkan dia..Padahal aku sebak di mana-mana…Tak ada sehari pun aku lupakan arwah dan Fatehah satu kewajipan sebelum aku pejamkan mata..Mujur iklan raya beberapa tahun lepas dari sebuah syarikat gergasi tidak ditayangkan lagi kerana pelakon itu memang seiras arwah, terutama semasa scene dia menyalakan pelita..

Setelah itu, apa yang Prof. Dr. Muhaya nasihatkan aku tadi terus terngiang-ngiang ditelinga dan di minda. Selepas ini akan aku catatkan apa yang aku mahu dalam hidup, pada satu kertas. Dan salah satu darinya agar hubungan persahabatan antara aku dan seseorang pulih kembali. Kerana instinct aku kuat mengatakan dia mengingati aku..Ya, dan aku juga begitu. Dan bulan sebenarnya bisa ngomong!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Panggilan Ameera Yang Mengganggu…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *