Hotel Terbang Pertama Dunia

Masa mula-mula aku dapat email gambar nie, terasa kagum la jugak. Mahunya tidak..siapa yang tak teruja nak tinggal di hotel helikopter yang ala-ala eksklusif, mewah dan unik.

Hotel Terbang Pertama Dunia ataupun World’s First Flying Hotel ini dikatakan adalah model helikopter lama Soviet MIL V-12 dengan 18 bilik mewah kalis bunyi. Siap ada room service, wireless internet dan katil bersaiz Queen.

Monyetnya, ia hanyalah satu propaganda gimik keji enjin pencari helicopter.com yang dibuat sempena April Fool pada 1 April lalu…Dengan longkangnya mereka kata dan aku quote :-

Oh, and yes, we’re the folks behind the flying hotel of the same name. We were just having some fun, and had no idea it was going to blow up like it did – we’ve gotten about 1.5 million page and video views just in the last week – so thank you very much for all the attention and support – and hopefully we made
you smile ..

Info lain – hanya 2 model MIL V-12 yang telah dibuat. Prototaip pertama telah terhempas pada tahun 1969 dan satu lagi ada dipamerkan di Moscow. Pergilah sana kalau ada masa.

Proton Exora

Dalam banyak-banyak design kereta keluaran proton, aku rasa Exora tergolong dalam ketegori ok dan boleh tahan. Aku masih tak boleh menahan rasa lucu dengan rekaan JUARA yang aku sifatkan seperti peti ais bergerak / mesin basuh bergerak.

Hitam Itu Menawan..

Kelabu..dah banyak di jalanan
Biru Yang Chunz..
Adakah aku akan memiliki kereta ini? Pengejar Masa kata ‘tunggulah ada 2-3 anak’ barulah terfikir nak tukar kereta. Aku tak pasti dengan meletak gambar teh ais tergantung ini akan membuatkan Bidan Jenab teruja untuk memiliku Exora.


Exora? Namanya pun tak patriotik..Tak melambangkan ke-MALAYSIA-an langsung.

Queens Of Langkasuka


Semalam aku berpeluang ke Midvalley dan dapat juga akhirnya menonton Queens Of Langkasuka. Itupun hanya ada 2 tayangan, pukul 6.30 petang dan 11.00 malam. Nak tak nak, ambil pukul 6.30 petang dan keluar sedikit awal dari pejabat. Sampai MV agak awal dan sempat aku melantak burger Carl’s Jr. sebelum tengok wayang.

Sinopsis filem ini aku ambik dari laman ini.
400 tahun dahulu, kerajaan Langkasuka berada di bawah pemerintahan Puteri Hijau (Jarunee Suksawat) dan dikelilingi oleh musuh. Harapan Puteri Hijau adalah untuk mendapatkan meriam berkuasa daripada seorang pakar senjata daripada Belanda. Walaubagaimanapun, keadaan bertukar buruk apabila meriam-meriam tersebut telah jatuh ke tangan lanun. Puteri Hijau dan adik-adiknya, Biru (Jackie Apithananon) dan Ungu (Anna Rees) berusaha untuk melindungi kerajaan merekaq daripada musuh dengan mendapatkan bantuan penolong pakar senjata Belanda yang bernama Lim Kium (Jakkrit Phanichphatikram), Jarang (Chupong Changprung), seorang askar berani Langkasuka dan juga Pari (Ananda Everingham).

Ini adalah filem ke-3 Ananda Everingham yang aku dah tengok selepas Shutter dan The Coffin. The Coffin aku tengok masa di Hatyai tahun lepas. Lakonan dia biasa-biasa aje. Ini adalah filem epik yang berjaya mengelabui mata penonton dengan pelakon-pelakon utama yang kacak dan lawa (ada ke orang guna istilah nie lagi?) Penuh bertattoo di dada dan paha dengan cawat ringkas Pari nampak sangat jujur dan perkasa. Nasib la kau tu handsome..kalau tak orang pun tak datang tengok filem nie.

Pada aku hero sebenar filem ini ialah Lord Jarang sebab dia sentiasa ada untuk menyelamatkan Ratu Ungu dan Ratu Biru yang macam ‘damsel in distress’. Kesian kawan tu..sampai cacat kekal di muka kena sembur racun..Kena parang tak payah cakap la. Tapi tanpa Sultan Pahang, Ratu Hijau pasti dah jadi arwah dek kerana kehebatannya menembak macam sniper. Pari pulak manusia emo yang asyik nak menjerit aje dari celah perut.

Walaupun jalan cerita QOL sedikit perlahan, tapi ia seolah menahan anda untuk tunggu apa yang akan jadi di babak seterusnya. Aku tak sure adakah kerana skrin besar dan bantuan sistem audio yang mantap ataupun kekaguman sementara dengan kehebatan orang Thai berbaju Melayu tapi cakap siam! Ataupun rasa kagum filem pasal Kedah Lama dibuat bukan oleh David Teo ataupun Yusof Haslam tetapi Nonzee Namibutr.

Tak dapat tidak, menonton filem ini mengingatkan aku pada banyak filem barat. Antaranya Lord Of The Ring, Castaway, Pirates Of The Caribbean : The Curse Of Black Pearl dan lain-lain.

Dan Rawai yang kacak dan rambut Pantene itu nampak macam M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Dengan rendah diri, aku ‘mensagest’ kawan-kawan menonton sebelum habis di makan monyet.

p/s : Cerita best macam Hotel Langkasuka Beach kat Langkawi..he..he..

Pengacara Gampang!

Aku jumpa video ini di laman Oh,Bulan. Terima kasih kepada penterjemah atas usaha anda memahamkan penonton dan terima kasih kepada sesiapa yang download rakaman ini.

Aku rasa macam program talkshow dari Perancis..bunyi macam menghala ke sana. Tak kisahlah stesyen TV manapun, tapi pengacara nie memang macam gampang! Kalau akulah penerbit masa tu, memang aku caci-maki sesedap rasa mangkuk berhayun tu.

Padan muka kena pecat. Kabel besar mana pun tak boleh tolong. Nak jadi pengacara bukan sekadar kena articulate. Otak kena berisi, postur badan kena jaga dan satu yang penting – jangan biarkan perasaan mengganggu konsentrasi anda.

p/s : muka yang cantik dengan kapasiti otak yang sifar hanya menjadikan anda pengacara yang bakal menerima caci-maki dan bahan jenaka harian dari penonton macam aku..

Naik Basikal Kat San Francisco

Minggu lepas aku bercuti di luar negara. Takde la jauh sangat…kat San Francisco aje. Tiket pulak dapat free Datuk H sponsor.

Masa kat sana ada Bicycle Parade. Aku dan Datuk H rasa teruja nak join mereka berbasikal. Sayangnya kami terlupa membawa cat Pelaka dan aksesori-aksesori yang lain. Terpaksalah memandang sayu dari jauh sambil memberi sokongan kepada kawan baik kami, Ted Buckland bersama geng acapellanya ‘The Worthless Peon’.

Kami cuci mata…..best! Macam-macam ragam ada. Makhluk angkasa gaban aje yang takde….Satu benda aku terfikir : Tak sakit ke alat sulit diorang?

Corak Lembu Yang Terpilu…

Mak Buyung Sendu

Hijaukan Bumi…

Wonderwoman

Para-Pari Sakura

Go, Tiger! Grrrrr…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...