Kelemahan Psikoterapi

Artikel Kosmo hari ini berkenaan tajuk di atas menarik perhatian aku. Kata orang, kalau kita mempunyai tekanan perasaan, dapatkah khidmat kaunselor untuk meredakannya. Itu memang tahap tak mahu kawan-kawan tahu atau kawan-kawan yang ada semuanya tak boleh di harap.

Artikel itu sedikit sebanyak menyebut khidmat kaunseling atau terapi seharusnya meninggalkan sessi dengan perasaan positif dan lapang dada tetapi sebaliknya pada masa sama, ia juga boleh meninggalkan kesan trauma. Hmmm…bukankah sepatutnya selepas semuanya terhampur, kita akan berlapang dada? Pada aku, situasi ini cenderung terjadi sekiranya tekanan yang dihadapi adalah diakibatkan oleh trauma penderaan seksual, perpecahan rumahtangga atau trauma selepas kecelakaan jalanraya.

Apapun, aku pulangkan balik cara untuk mengatasinya kepada kaunselor yang mahukan pesakitnya ’opened-up’. Pandai parut itu dibuka, sepandai itulah juga untuk merawatnya. Kalau dapat rawat tanpa parut lagi bagus. Pesakit / mangsa dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, berkeyakinan dan tabah.

Aku yakin, ramai yang pernah berjumpa dengan kaunselor menyesal atas tindakan ini. Satu, tiada penyelesaian. Dua, kerana terpaksa mengungkap dan mengingat kembali peristiwa yang menjahanamkan masa depan mereka dan ketiga, kesal kerana tiada kerahsiaan yang disimpan.Hal ini tak banyak berlaku pada pengamal kaunselor yang bertauliah..Tapi aku yakin kaunselor di sekolah memang tak boleh simpan rahsia. Walau apapun justifikasinya, aku tetap bersetuju kerahsiaan maklumat itu perlu dijaga. Pengalaman aku sendiri menyebabkan aku tak mungkin lagi berjumpa dengan mana-mana kaunselor. Mungkin sebab aku sendiri boleh agak skrip yang akan dilontarkan justeru lebih baik aku sendiri selesaikan apa juga masalah yang timbul. Bila ia melibatkan cerita yang berupaya menjahanamkan minda kita, kadang-kadang aku sendiri mohon dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Setakat mencuba untuk membunuh diri itu, hanya kewarasan akal saja yang dapat membatasinya. Kalau tak, masakan kita dengan ada yang sanggup terjun bangunan untuk mengakhiri semua cerita sedih ini…

Kajian terbaru mendapati, beberapa jenis ubat mencegah tekanan berguna untuk kebanyakan pesakit yang mencari rawatan menerusi pelbagai bentuk psikoterapi atau disebut sebagai the talking cure. Bagaimanapun, artikel bertajuk When Therapy Causes Harm yang disiarkan dalam Journal Psychologist baru-baru ini mendedahkan, bahawa hampir 10 peratus individu menjadi lebih teruk selepas memulakan sesi kaunseling atau terapi. Kasihannya…aku amat maklum situasi mereka. Namun pada aku penggunaan ubat pencegah tekanan membuatkan keadaan bertambah kronik. Sakitnya bukan ambil Vicodin dan terus hilang…Golongan ini akan memandang seolah-olah dunia membenci mereka. Dengan menyibukkan diri dengan aktiviti harian dan bercampur dengan golongan yang betul sahaja mampu mengubah kecanduan ini. Aku laluinya selepas menduduki SPM, 10 tahun lalu. Asyik menelan apa juga pil yang kononnya boleh meredakan tekanan. Kesannya, emosi dan fizikal huru-hara!

Mungkin kita semua perlu memikirkan medium yang lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Hmmmmm……………

Letak Jawatan

Sejak keputusan PRU 12 lalu, rata-rata pemimpin parti yang kalah, hampir kalah dan bungkus semuanya pakat nak letak jawatan. “Kami bertanggungjawap atas apa yang berlaku…” jawapan standard bila ditanya tentang isu ini..
Rata-rata bersetuju bila pemimpin ini membuat keputusan meletak jawatan. Kata mereka, itu tandanya mereka bertanggungjawab dan memberi laluan pada muka baru.Tapi bagaimana pula keadaannya kalau meletak jawatan, atas alasan khidmat mereka tidak diperlukan.
align=”left”>

Eh, ini sudah lain, kata aku yang tiada kepentingan dalam politik. Sebab apa, sejak kita lahir kita tahu yang kita bertanggungjawap bukan saja kepada diri sendiri, malah keluarga, agama dan negara. Setiap entiti itu penting, jika tidak masakan ada kenyataan ‘Kerana Dirimu Begitu Berharga’ atau yang paling popular masa pilihanraya “Undi Anda Penting.” Jadi pada aku tak timbul isu khidmat sesiapa tidak diperlukan dalam mana-mana institusi?!

Letak jawatan pada aku bukan benda yang remeh. Aku rasa orang yang cepat mengalah aje yang akan membuat keputusan seperti ini. Hmmm..mungkin tekanan emosi saja, dan tekanan sekeliling. Jika tidak, masakan Tun Mahathir sendiri pernah mengucapkan melepaskan jawatan beliau dalam satu Perhimpunan UMNO sekitar awal millennium dulu.

Aku sendiri pernah melepaskan jawatan dalam satu pertubuhan mahasiswa semasa zaman belajar. Sekumpulan pelajar yang lapar kuasa membuat satu rampasan kuasa kerana tidak gemarkan kepimpinan seorang individu. Betul, mereka berjaya mendapatkan jawatan itu. Tapi tak lama kemudian, pertubuhan itu hancur kerana pemimpin baru mereka hanya pandai bercakap dari bekerja!

Apapun, letak jawatan bukan jalan penyelesaian. Lebih baik membuktikan kemampuan dengan memperbaiki imej parti yang dipimpin. Hilang pengikut lebih mulia daripada hilang jati diri.. Mungkinkah jati diri mereka hilang selepas PRU 12. Hmmmm…..

Sekitar Debaran Pengumuman Kabinet 2008

Pagi aku bermula agak kelam kabut. Sedikit terlewat sampai ke RTM, tetapi awal 10 minit sebelum siaran. Mungkin sebab aku begitu teruja menantikan perbincangan topik semasa pagi ini.

Ya, Debaran Pembentukan Kabinet 2008. Itulah topik perbincangan pagi ini. Yang mana aku yakin, RTM mendahului yang lain dalam membincangkannya. Mungkin AWANI ada juga, tapi aku tak perasan sebab aku bandingkan morning show yang lain. Dr. Sarjit Singh, Penganalisis Politik dan juga Dr. Lee Yok See, Pemerhati Politik menjadi tetamu untuk perbincangan pagi ini. Semalam, aku sempat berbuat dengan Dr. Sarjit dan kami ada juga merencana beberapa percaturan yang mungkin Pak Lah akan pertimbangkan dalam barisan Kabinet 2008.

Aku terpaksa menjadi penerbit dan penonton dalam pada masa yang sama. Dalam pada sibuk menjalankan kerja, mata dan telinga tetap memainkan peranan menganalisa setiap biji butir bicara tetamu yang diundang. Hmmm…aku rasa sudah sampai masanya keterbukaan media dan masyarakat diaplikasikan demi membentuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Rasional sekiranya ada penggabungan kementerian turut dibahaskan dan juga andaian kerancakan sidang parlimen yang bakal dibuka nanti. Aku yakin, tiada lagi perwakilan yang culas, tidur semasa sessi penggulungan dan tiada juga perbincangan yang tidak matang di dalam dewan parlimen yang mulia itu nanti.

Kedua-dua panel mengulas dari kaca mata penganalisa dan pemerhati dengan begitu bijak sekali. Apapun, aku sangat bersetuju dengan hujah Dr. Sarjit bila mana beliau mengatakan ini adalah masa yang terbaik untuk semua pemimpin bermuhasabah diri (baik yang menang atau yang kalah). Juga istilah Yang Berhormat wajar digantikan dengan Yang Berkhidmat.Yang penting, ahli politik yang ada perlu memperjuangkan Politik Bakti, bukan politik kroni.Apapun situasinya, berpeganglah kepada 5 Prinsip Rukun Negara, prinsip yang akan menjadikan kita rakyat Malaysia yang setia.

12.00 tengah hari. Warga UESTV berlonggok didepan TV 21 inci menantikan pengumuman Perdana Menteri. Apakah tepat ramalan ahli nujum politik tentang kedudukan beberapa kerusi panas kabinet, termasuk kerusi Kementerian Penerangan sendiri. Sebelum itu, aku sempat menelefon Dr. Sarjit, dan beberapa miscall aku terima dari beliau. Kita saksikan dulu perkembangannya di kaca TV dan aku menumpukan perhatian penuh sambil mencatat beberapa isi penting pengumuman terbabit.

Akhirnya, terjawap juga teka-teki yang bermain-main di kepala warga Malaysia. Aku agak terkejut melihat percaturan Pak Lah kali ini. Tapi beliau mempunyai justifikasinya yang tersendiri yang perlu aku hormati. Hmmm…tahniah sajalah, dan selamat berkhidmat kepada barisan Kabinet 2008. Selesai pengumuman, satu sms aku layang pada Dr. Sarjit dan jawapan beliau membuatkan aku senyum sendiri. ” Kita sama-sama jadi nujum belalang…”

Hmmm,nampaknya selepas ini ruang penulisan aku akan mempunyai perspektif dan dimensi yang berbeza..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...