Sudahkah Anda Kibarkan Jalur Gemilang?


Lebih kurang 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan ataupun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51. Aku bersyukur sebagai rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab mempertahankan keamanan, mengundi dan bekerja dengan berdedikasi, Malaysia kini sudah jauh berubah (walaupun politiknya macam itu jugak..)Sejak berumahtangga dan menyewa di Taman Petaling, tahun ini sudah 2 tahun tanpa gagal aku kibarkan Jalur Gemilang,lambang rakyat yang sayangkan negara..

Tidak patriotikkah tidak kibarkan Jalur Gemilang? Ada yang kata merdekakan jiwa dulu barulah kita merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Pada aku, tidak patriotik amatlah kalau kita tidak mengibarkan bendera negara menjelang hari kebesaran negara.

Kenapa mesti ada alasan? Semuanya nak kena tunggu dapat bendera percuma barulah meriah bendera kita di mana-mana. Semasa aku ke gedung membeli-belah bersama seorang rakan, aku membeli bendera Malaysia yang baru (yang lama masih elok, cuma sedikit pudar warnanya sebab aku kibarkan sepanjang masa). Dia sedikit hairan..”Nak kena beli ke? Tak payahlah nanti akan dapat free jugak. Tak pun kat sekitar RTM banyak, rembat aje satu…

Aku tersenyum sendiri..Dia mungkin merasa kibarkan Jalur Gemilang setakat satu perhiasan rumah agaknya..

Setakat RM10 untuk membeli satu Jalur Gemilang baru apalah sangat nak dibandingkan dengan emas-emas yang moyang-moyang aku gadaikan semasa Tunku Abdul Rahman hendak ke London menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Dan alangkah kejinya jika ada orang yang sanggup mencuri bendera negara sendiri kerana tak dapat bendera percuma..

Kalaulah pejuang-pejuang negara yang mati di medan perang boleh hidup balik, aku rasa mereka akan mengangkat senapang dan menembak kembali petualang-petualang yang tidak tahu menghargai penat-lelah dan nyawa mereka mempertahankan negara.

Betullah kata pujangga, mempertahankan kemerdekaan lebih sukar daripada mendapatkannya. Aku sudah mengibarkan Jalur Gemilang. Kalian bila pula?

Faedah PTPTN Turun…


Credit Photo :http://bmbupm.files.wordpress.com/2007/10/untitled-1.jpg

Zaman belajar dulu, aku antara puluhan ribu pelajar yang berhutang dengan PTPTN. Itupun dah naik degree baru layak memohon. Selama setahun setengah di matrikulasi terpaksa menyusahkah mama dan arwah abah (walaupun itu tanggungjawab mereka..)Masa matriks mana layak memohon. Aku ingat lagi..aku dah Hadi terpaksa mengutip botol, kertas, dan tin aluminium untuk dikitar semula. Dapatlah duit lebih sikit. Nasib rumah sewa aku di Seksyen 7 ada stor yang agak besar untuk disimpan barang-barang ini. Ini semua untuk survival kerana kos di Shah Alam agak mencengkam..

Apply loan PTPTN masa Part 1, dah Part 2 baru dapat. Servis PTPTN dulu memang tahap lembab gaban. Tapi nasib baik Part 2 dapat selambak. Bernafas jugalah di bumi Shah Alam. Mungkin kerana rezeki aku baik, aku berjaya mendapat biasiswa JPA masa Part 3. Jadi hutang aku pada PTPTN takdelah banyak sangat..

Bulan lepas, aku berjaya melangsaikan hutang PTPTN dengan jayanya. Semalam pula diumumkan faedah PTPTN diturunkan kepada 1% daripada 4%. Sabar aje la…

Apapun aku bersyukur kerana azam menyelesaikan hutang lapuk yang aku semat sejak tahun 2003 berjaya aku lunaskan tahun 2008. Tak ada istilah azam lapuk dalam hidup aku sebab aku berazam bukan untuk setahun.

Jadi aku nasihatkan kepada kawan-kawan untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN ini. Bukannya apa..Kalau korang mati nanti, tak pasal-pasal orang lain pulak kena membayarnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Salam Muhibah!

Diari Kenapa Saya Tak Suka Budak Praktikal…


Credit Photo : http://www.my-diary.org/images/toshbook7.jpg

Setiap bulan, ada saja budak praktikal yang datang menjalani latihan amali kat RTM. Setiap kali itu juga, aku selalu brief apa benda budak tu perlu buat, protokol, kedatangan la..la..la… yang lain yang majikan aku bagitau dulu masa aku praktikal.

Seperti biasa, mereka perlu membuat laporan harian dalam jurnal yang disediakan oleh institusi pengajian masing-masing. Aku tegaskan pada mereka yang aku hanya akan tandatangan laporan itu seminggu sekali..bukannya sebulan sekali.

Tadi aku sempat semak laporan yang aku minta..Mak ai…Diari Rogayah yang kau bagi kat aku! Dah la nahu penyiaran tonggang-langgang…Tak pasal-pasal aku kena jadi cikgu bahasa membetulkan apa yang tak patut. Aku rasa pensyarah diorang patut bagitau macam mana cara nak membuat laporan yang ilmiah. Juga mengajar tentang makna MEMBANTU, MEMBUAT dan MEMERHATI.

Satu lagi aku pantang, budak praktikal bawak kamera masuk Studio, terutamanya bila ada artis atau Menteri datang. Nak kerja ke nak bergambar? Aku fahamlah nak jadikan kenang-kenangan ataupun alasan nak masuk dalam laporan. Tapi bila dah habis siaran la…Jangan tengah siaran langsung sebab flash kamera korang tu merosakkan rancangan aku..Dan menaikkan darah aku!!!!!

Oh, satu lagi…make-up mengalahkan artis. Menyampahnya aku..

Lintah…Eeei, Geli!


Credit Photo : http://www.leeches.biz/leeches-eczema.jpg

Tengah berlapang-lapang dada mengarang blog, tiba-tiba terasa ada seseorang berdiri di sisi. Aku masih buat tak reti. Sampailah tangan dihulur dan satu binatang gemuk kekenyangan berada diantara jejari Shuhaimi Mohamed, pengacara SPM.

‘Oh, mak ngkau…!!’ aku terjerit.
‘Oh, takut rupanya…’ Shuhaimi tersengih-sengih.
Tolong sikit..aku tak takut..Cuma rasa geli-geleman teramat sangat aje.

‘Eh, macam mana nak tanggal lintah nie. Aku nak kena pergi bank kejap. Dia tak mahu tanggal sendiri’ kata Shuhaimi.

Tu la…gatal tangan sangat nak mencuba segala benda yang menarik kat MAHA 2008. Nasib baik aku tak kurang hebatnya dalam sains kehidupan. Pantas aku mencapai sebatang rokok Winston Light dan aku bancuh untuk dibuat air tembakau. Terpisat-pisat lintah turun dari tangan beliau dan darah menitik tanpa henti. Selepas membalut bekas gigitan dengan 3 plaster, dia berlalu meninggalkan aku dan aku meneruskan kerja seperti biasa.

Apapun Mie..ko hutang aku RM.050!

PROTES WARGA UITM…


Credit Photo : Berita Harian, 13 Ogos 2008

Sebelum aku berlayar lebih jauh. aku ingin mengucapkan tahniah kepada MPP UiTM yang dipimpin oleh saudara Luqmannulhakim Mohamad Idris. Aku pernah mengundang beliau ke Studio awal tahun dahulu untuk memperkatakan isu ‘Jerat Kerja Internet’ dan menerusi perhatian aku, Luqman berpotensi menjadi seorang pemimpin belia yang hebat.

Secara peribadi, sebagai alumni UiTM menang aku tak setuju langsung dengan cadangan membuka kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera. Bukan kerana risaukan persaingan, bukan kerana takut dan bukan kerana alasan lain yang dilemparkan.

Aku memandang cadangan politik tetap berbaur politik. Ini hanya satu antara strategi dan rempah ratus yang enak untuk diperdengarkan peda pengundi pilihanraya Permatang Pauh nanti. Mungkin aku salah..tapi aku tetap tak percaya dengan janji-janji mengarut seperti ini.

Aku takut ia akan menjadi satu keterbukaan yang memakan diri orang Melayu, khususnya bangsa aku dan anak cucu aku nanti selain kaum bumiputera yang lain. Ibarat berjanji dengan belanda..Mula-mula minta buka 10% pada bukan bumiputera. Lepas itu kuota akan bertambah dan apa yang tinggal? Sudahlah bangsa aku yang satu ini memerlukan masa yang panjang untuk menjadi bijak. Tak sanggup aku memperjudikan hal pendidikan orang Melayu yang hanya ilmu sahaja dapat mengubah nasib kaum keluarga. (Tapi banyaknya yang dah kaya lupa diri dan membuat cadangan yang mengarut…)

Hak orang Melayu dan hak Islam sudah mula satu-demi satu dipersoal. Nak aje aku suapkan kontak sosial pada mereka supaya faham kembali susur-galur nak mencapai kemerdekaan negara yang dikasihi ini.

Selepas ini apa lagi?Aku menanti sepak terajang politik seterusnya walaupun muak dan mual melihat alunan mereka bertingkah.

Sempat aku layangkan SMS tahniah pada Luqman. Bukan kerana berjaya menghimpunkan pelajar UiTM mempertahankan institusi pengajian mereka, tapi lebih kerana kejayaan beliau menghimpunkan seramai itu bukan bertujuan mempertahankan satu individu. Itu baru UiTM induk, belum cawangan UiTM seluruh Malaysia. Dan belum masuk alumni UiTM yang bersedia mempertahankan tempat mereka mendapat segulung Diploma / Ijazah etc, yang menjadikan siapa aku hari ini.

UiTM Dihatiku….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...