As we grow up, we learn that even the one person that wasn’t supposed to ever let u down probably will.
U will have your heart broken probably more than once and it’s harder every time.
You’ll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken.
You’ll fight with your best friend.
You’ll blame a new love for things an old one did.
You’ll cry because time is passing too fast and You’ll eventually lose someone u love.
So take too many pictures, laugh too much and love like you’ve never been hurt because every 60 seconds you spend upset is a minute of happiness you’ll never get back.
Don’t be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin.
The End Is Very Near..

Bercakap Dalam Hati..

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

Masa siaran, aku terdiam apabila playback Ungkapan Emas di pasang.

‘Sebuah analogi yang baik seringkali bernilai sama dengan tiga jam perbincangan’ – James T. Mc Kay

Macam mana kalau tiada perbincangan? Main pukul rata aje..Dan bagaimana analogi itu hanya berdasarkan beberapa catatan SMS aje.

Ada yang pernah berkata ‘selalunya apa yang tertulis dalam SMS adalah apa yang benar-benar kita maksudkan, sebab itu ditulis dari hati’. Really? Kalau aku dipertikaikan bagaimana pula pihak kedua? Aku boleh mempertikaikan macam-macam. Tapi sebaliknya dengan kebodohan aku meminta maaf pula. Maaf yang aku maksudkan tapi tak bermakna.

Bagaimana dengan lahiriahnya manusia yang tidak gemar bercakap? DIAM AJE…cakap dalam hati dan cakap dengan dinding lebih mudah.Aku nak cuba jadi manusia tu.

Atau manusia yang mudah sentap? Baru cakap sikit dah moncong todak sampaikan mood aku pun terbang jugak?

Jadinya analogi tetap bersifat analogi.

Memang siooooot sangat..aku nak diam dan hanya diam…
Tetap diam..diam…diam….
Dan bercakap dalam hati dan dengan papan kekunci….
Dan bercakap dalam mimpi…

Lebih mudah dan tak menyakitkan sesiapa. Sepantas suntikan di punggung. Cepat tapi berbisa.

Kadangkala aku rasa baik aku tak buka hati untuk sesiapa kalau kesudahannya yang aku dapat hanya cedera…

Aku hanya ada diri aku….seorang, sepi dan menjauh………..

Copy & Paste Punya Hal..

Banyak kawan aku jadi PR. Antara yang paling hebat Aziz la kot..sebab yang lain tu aku tak berapa keep in touch. Aku juga ada kemahiran PR yang bagus, cumanya minat pada penyiaran lebih mendalam..

Salah seorang kawan aku, menjadi PR disebuah syarikat yang sentiasa berhubungan dengan orang ramai. Jadi menjelang musim perayaan ini, ramailah yang datang RTM untuk mempromosikan apa-apa yang patut. Nak dijadikan cerita, aku berurusanlah dengan sahabat ini..Tapi disebabkan aku mempunyai 2 AP, maka selayaknya berurusanlah dengan kakitangan aku itu. Mungkin kerana dia juga mempunyai orang bawahan maka berurusanlah mereka tanpa kami merendahkan kebolehkan berkerjaya masing-masing.

Satu faks singgah dimeja aku. Untuk rancangan Malaysia Hari ini, bertarikh 16 September 2008 dan itenary lain yang takde bersangkutan dengan RTM. Aku hati sudah panazzzz…Nampak sangatlah copy & paste soalan yang sama tapi terlupa nak tukar nama penerima.

Terus aku capai marker, bulatkan kesemua kenyataan di atas. Dan aku titipkan kata-kata rindu diangin lalu – SAYA RASA TUAN SALAH FAKS.TQ dan cop rasmi nama aku dan re-faks pada mereka`.

Yup..kemudiannya dia telefon dan mohon maaf atas kesilapan teknikal itu.Biasalah..kadangkala aku pun terkhilaf dalam membuat kerja.

Tapi kesilapan itu walaupun kecil membuktikan sesuatu yang kome boleh digest sendiri. Ibaratnya macam masuk KFC tapi nak beli Big Mac!

Hormon ini betul-betul menduga…..

Hari Yang Sia-Sia..

Ahad semalam terasa singkat..sangat singkat sampaikan aku rasa Sabtu berlalu dengan sia-sia. Tanpa pengisian, tanpa makna dan tanpa apa-apa. Yang ada hanyalah rasa benci yang menggila, dendam yang tak berkesudahan dan penyesalan kerana mengikat diri menjadi komited.

Ahad semalam ada suka. Aku membawa kakak dan Aisyah membeli baju raya. Jenuh berjalan sekitar Wangsa Maju, kesudahannya aku tersadai juga di Giant Taman Permata. Baju yang cunz giler tapi sedikit mahal, kali dengan 3… Ok la…semua puas hati.. Dan aku pun terasa puas hati sebab agenda membeli baju kurung/raya cantik hanyalah setahun sekali. Baju lain yang banyak dalam almari hanyalah T-Shirt percuma pemberian RTM dan juga cenderemata agensi-agensi yang menjadi tetamu rancangan aku. Ada la baju cantik satu dua..yang aku tak tahu bila nak pakai sebab tak kena dengan jiwa.

Agenda itu sepatutnya terisi pada Sabtu..supaya Ahadnya aku dapat merehatkan diri sepenuh masa sambil melayari internet..itu pun kalau modem tak kena rembat. Tapi Sabtu itu sungguh celaka…celaka amat sampai aku menyesali memilih apa yang aku ada..

Hidup ini penuh dengan penyesalan….Dan aku sangat letih untuk merancang semuanya sebab tanggungjawab itu membuatkan aku rebah dan mula bertanya pada alam. Kenapa pilihan yang aku buat memakan diri dan mengapa bunga yang disiram bertahun tidak berkembang seperti bunga dilaman orang? Mengapa buah yang di tanam bertahun-tahun tak kunjung masak dan kenapa otak sepatutnya cerminan pendita hanya setaraf budak sekolah menengah bawah?

Sesungguhnya, bukan kehilangan yang aku tangiskan. Bukan kebodohan yang aku marahkan. Statik di takuk yang sama, lari 400 m padang yang sama, umur 15 tahun, oh-banyak lagi! Mungkin sebab itu aku sudah tak sudi mendengar alunan Mp3 lagu yang sama dari komputer riba yang dibeli dengan duit claim outstation..

Aku pun tahu apa jawapan untuk apa yang aku alami..Buat tak reti dan menjadi pemerhati. Untuk sekian kali, aku berazam dan aku masih gagal menusuri paksi yang sama. Sebab apa?Kerana aku benci menanti artikek yang tak siap dengan pelan pembangunan. Aku benci menunggu dan merancang…..Sudahnya, aku design sendiri walaupun aku lulusan Penyiaran!!!!

Jangan tertanya kerana jawapan aku hanya diam. Jangan minta maaf kerana aku dah jelak!

Aku letih sebenarnya..dan masih terasa sakit di mana-mana. Terasa ingin pergi jauh…seorang diri. Di satu negara yang ramai kawan, ramai saudara..dan yang paling penting, mereka yang menghargai aku sebagai manusia…

Aku & Datuk Ali Rustam

Aku & Datuk Mohd Ali Rustam

Sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2009, aku tahu seminggu selepas itu kami akan membincangkan isu itu secara berterusan dalam siaran Selamat Pagi Malaysia (SPM). Seminggu pertama semuanya berjalan lancar. Sampailah minggu selepas itu kami digalakkan untuk membuat isu sekitar Bajet 2009. Dalam kepala otak aku masa itu hanya satu – jemput Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam untuk membincangkan bajet 50 juta Tapak Warisan Dunia yang akan diberi pada Melaka dan Georgetown.

Secara peribadi, aku sangat mengagumi beliau yang pada aku banyak memajukan Melaka seperti yang kita lihat hari ini. Kali pertama aku ke Melaka, satu benda yang aku kagum ialah lampu isyaratnya yang ada ‘countdown’. Lepas tu baru banyak tempat lain yang ikut..Datuk Ali juga merupakan alumni Malacca High School, seperti Alhadi. Setiap kali budak-budak MHS reunion, nama Datuk Ali tak pernah lekang dari mulut mereka.

Pengacara tadi ialah Shuhaimi dan Sayed Munawar. Kali pertama aku gandingkan mereka berdua, aku tahu aku tak akan mempunyai masalah mengemudi siaran. Memang siaran pagi tadi memuaskan hati aku…Mungkin kerana mood masing-masing ceria dan pengacara yang suka menyakat antara satu sama lain. Yang buat aku tergelak besar, kedua-duanya saling ‘berebut-rebut’ untuk menemubual Datuk Ali. Tapi aku memilih Shuhaimi sebab dia merupakan ‘anchor’ untuk hari Selasa.

Diskusi yang sepatutnya mengambil masa 20 minit terasa singkat. Ini kali ketiga aku bersiaran dengan Datuk Ali. Selalunya akan ‘under run’ sebab Datuk bukan orang yang penuh dengan kata-kata. Beliau banyak bekerja dari bercakap. Beliau juga bercakap dengan fakta yang disokong dengan bukti-bukti – bukan cakap kosong!

Tapi tadi tidak! Aku terpaksa tambah 10 minit sebab pemanggil menderu-deru menelefon studio. Yang uniknya, tiada satu pun warga Melaka yang berjaya menembusi talian. Semuanya dari luar Melaka yang kagum dengan pembangunan yang ada. Apabila membicarakan masa depan negeri Melaka, Datuk penuh semangat…. Aku terasa seronok mengendalikan siaran pagi tadi. Dan kebanyakan cadangan pemanggil rupanya sudah ada perancangan untuk dilaksanakan seperti menambah tempat letak bas pelancong, cable car dan lain-lain..

Sebagai penerbit, aku merasakan Shuhaimi berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tak kisah kalau ada kipas kebas lain yang tak puas hati. Sebagai penerbit, aku tahu yang mana terbaik untuk rancangan aku.

Apapun, terima kasih Datuk Ali atas kelapangan masa untuk siaran tadi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...