RSS

Ohai, India – Kembara Solo Sementara, Berdua Lebih Baik

India bukanlah negara yang selamat 100% untuk wanita kalau mahu kembara solo untuk tempoh yang lama. Paling tidak, dapatkan seorang dua teman atau orang tempatan untuk memudahkan urusan di sini.

Member sebelah tu…dialah yang kenalkan aku dengan rukun kental diri masa trip kerja ke India bulan Mei lalu. Kalau tak kerana kesungguhan dia, rasanya memang aku tak pernah bermimpi untuk backpack ke India. So far, plan kami di sini hampir sama tapi kalau kami split plan, itu cerita berbeza.

Segala masalah warga India yang pernah aku lalu dulu, aku lalu sekali lagi di sini. Gelandangan, pengemis, tuk tuk pushy lagi pentipu….semua ada. Ha, member tu memang pengasas rukun kental diri, so dia ajelah bergasak dengan manusia-manusia itu.

Cuaca di sini sangat panas..panas terik bahang menyengat semua ada. Rasanya rentung aku ni…dehydrate giler babi tapi tak berani makan dan minum sebarang. Tapi memang aku dah tahap lembik. Terus beli coke dingin dan kemudian baru terasa darah berjalan kembali ke muka.

Farah adalah pasangan aku setiap kali buat assignment masa kami buat sarjana Pengajian Perang Saraf beberapa tahun lalu. Jadi apabila kami masuk Partition Museum, banyaklah kami bersembang dan berbincang tentang masalah India / Pakistan dari sudut yang berbeza.

Itu nanti aku cerita kemudian. Jadi semua, jangan risau, tak semua tempat aku akan bergerak solo.

 

Posted by on September 16, 2018 in Catatan Dari India

Leave a comment

Super Excited!

Beberapa jam lagi aku akan memulakan kembara solo 2.0 selepas kali terakhir aku lakukan 2 tahun lepas. Kali ini tempat yang aku pergi agak tersasar dari comfort zone. Kebetulan tiket yang aku dapat 50% murah dari kebiasaan, maka aku tamsilkan itu adalah satu seruan /epiphany / petanda untuk aku meneroka bumi sana.

Anak-anak akan diuruskan oleh Hadi. Mereka sudah bersekolah, rugi untuk dipontengkan. Itu antara lapan belas sebab aku bergerak solo. Lagi pula dia sudah ke Bangkok beberapa bulan dahulu dengan gegurls yang memahami. Jadi dia kena fahami hasrat setempat HSBC aku pula.

Bermula malam tadi, anak-anak sangat extra manja. Macam faham-faham aku akan tinggalkan mereka untuk satu tempoh yang agak lama. Cadangnya kami mahu tidurkan mereka di bawah sahaja. Tapi Ezzudin pantas naik bilik, menemani aku berkemas dan tidur diribaan aku. Eskandar pula, tetaplah dengan manja memeluk dan bermanja setiap kali ada kesempatan.

Kerja…aku tinggalkan dahulu. Inilah baharu aku berkesempatan untuk bercuti kerana sejak Februari hingga Ogos, aku hanya cuti kalau sakit sahaja. Cuti am pun kadang-kadang sibuk dengan kerja juga. Sampaikan raya Aidilfitri dan Aidiladha pun aku tak boleh nak bercuti kerana beberapa kempen promo yang berlangsung serentak. Cuti kepit yang 3 hari dapat 10 tu, aku khaskan untuk anak-anak buah yang pun ramai tak sempat bercuti. Jadi kalian dah selamat bergumbira, ini masa aku pula.

Aku mengharapkan yang indah, bahagia dan baik-baik sahaja dalam kembara ini. Pelihara keselamatan dan kesihatan aku, temukan aku dengan manusia yang baik-baik dan jadikan aku lebih manusiawi selepas kembara ini berakhir. Aku mahu lihat dunia dan syukuri diri dengan sesungguhnya. Semoga aku dapat melihat keindahan dunia di negara penuh misteri dan sejarah ini.

Untuk itu, sampai di sini dahulu. Aku akan cuba untuk berkongsi cerita-cerita menarik di sana. Semoga kita semua dilindungi yang kuasa dan bertemu kebahagiaan yang dicari…

 

Posted by on September 15, 2018 in Menghitung Hari

Leave a comment

Menanti Dirimu Cuma Dugaanku

A heart that always understands also gets tired.
I’ll recollect myself, I surely do.
#1daytogo #superduperexcited #orangetraveller

 

Posted by on September 14, 2018 in Menghitung Hari, Misi Rahsia

Leave a comment

Sutra

Sesungguhnya kutahu
Hidup ini bukan hanya
Sekadar untuk bercinta
Namun perjalanan ini
Bukanlah sekadar untuk
Berlagu kecewa
Bukan sekadar untuk rasa kecewa… ?
#2daystogo #orangetraveller

 

Posted by on September 13, 2018 in Menghitung Hari, Misi Rahsia

Leave a comment

The Drugs Don’t Work

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

#3daystogo #orangetraveller #superduperexcited

 

Posted by on September 12, 2018 in Menghitung Hari, Misi Rahsia

Leave a comment

Liku Hidup

Mempertahankan sesuatu bukan mudah. Usaha dan tawakalillah. Itu yang aku lalu tadi dan aku rasa sangat lega.

Apapun keputusan, bukan di bawah kawalan aku. Aku tak mahu beratkan fikiran dengan perkara yang aku tak boleh catur.

Seminggu memikir apa yang perlu aku buat, apa yang perlu aku cakap. Kalau orang dah set minda tak mahu dengar, macam mana nak bagi mereka dengar apatah lagi terima penjelasan? Banyak matematik yang aku telaah dan syukur yang sesungguhnya. Setidak-tidaknya aku diberi peluang untuk bercakap. Dan Benny kalau bercakap, memang korang akan dengar ayat-ayat cinta level tertinggi untuk pastikan kau dengar jugak point hakak tu ? Tiada edisi memandang kuku, merenung jauh atau ignoring. Yup, kejayaan Winter Olimpik dirasakan.

Yang penting, selfless act – bukan untuk aku. Perasaannya…lega yang teramat. Semoga laluan kehidupan semua manusia khususnya yang aku pertahankan direstui yang esa dan dipanjangkan lorong rezeki masing-masing.

Sekarang aku perlukan makanan, dan makanan itu kena sedap dan jizzing ?

 

Posted by on September 7, 2018 in Drama Bersiri, Jiwa Retak, Kerja

Leave a comment

Mimpi Benny…

Sejak zaman Mesopotamia, Atlantis dan zaman-berzaman teguh ikatan, ramai sangat tegur cakap aku ni susah sangat nak senyum. Sebelum aku jawab, dahi pasti berkerut dahulu dan kening bukan Ziana akan terangkat sedikit. Salah tu…aku ni manusia mudah terhibur. Soheh aku mudah ketawa apatah lagi tersenyum. Nak menyerongen tak tentu hala, memang tak dapatlah. Sebab dalam keadaan mudah terhibur, peratus besar – aku manusia serius.

Kalau aku suka, serius aku suka. Kalau tak suka apatah lagi. Cuma aku percaya aku punya unsur lelucon yang siapa faham aje faham. Kalau tidak, orang rasa insulted juga dengan ayat dan nada sarkastik yang aku guna. Bila jumpa regu, alamat gegak gempita suasana. Oh, rindu zaman gelak besar. Jujurnya, akhir-akhir ini aku jarang gelak besar.

Dah jarang gelak, jarang jugalah nak senyum-senyum muhibah ni. Tak ada dah manusia yang bila dengar nama, nampak kelibat, tengok gambar atau berselisih yang boleh buat aku terapung. Nikmat itu ditarik seketika.

Tapi ada seorang manusia separuh dewa yang kemunculannya boleh beri aku rasa seperti itu. Aku sangat berterima kasih. Kau mungkin tak tahu dan tak sedar, itu tidak menjadi tajuk cerita. Yang pasti bila kau muncul, aku konfem senyum.

Semalam kau muncul dalam mimpi ? Bahagia tak semestinya memiliki, tapi aku pemilik bahagia yang kau beri.

Dan dedaunan hijau kembali…
Langit membiru…
Senja lazuardi yang dinanti…

Haih, terapunglah kekdahnya!

 

Posted by on September 6, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Ok – Affirmative!

Setiap malam sejak lokasi dikenalpasti dan tiket sudah dibeli, aku sering memikirkan apa yang bakal aku lalu dalam kembara yang akan bermula kurang 2 minggu lagi. Teruja tak payah cakap. Memang tidak pernah terfikir aku akan ke situ dan negara itu.

Tapi aku diseru…aku juga dicabar. “Kau tak akan buat benda ini seumur hidup kecuali kau nak buat dengan aku…sebab aku nak buat semua itu” kata kawan aku yang meniup api kembara solo yang lama malap. Aku fikir balik, memang betul. Aku bayangkan untuk pergi ke tempat yang aku selesa sahaja – murah, cantik, selamat dan Asia Tenggara. Aku ingat lagi kembara solo aku pertama ke Yogyakarta…sumpah sangat santai, selesa, penuh memori dan elemen kebetulan.

Jujurnya aku agak pentakut juga seorang diri di negara orang tapi Yogyakarta lain. Ia kota seni yang selamat. Negara yang bakal aku pergi ini, kalau tak sebab kursus memang aku tak akan pergi apatah lagi seorang diri. Berdua dengan dia, aku rasa aku boleh survive sebab member ni sangat confident. Bersama dia, aku jadi Benny yang lain sebab dia memang bijak serba-serbi walaupun umur kami jarak agak jauh juga. Bersembang dengan dia, penuh gelak ketawa, caci-maki sopan level sentap tertinggi dan tanpa sedar, aku rasa aku jadi jujur dengan diri aku.

Oh, dia orang yang mengajak aku ke Koh Samui menaiki 4×4 sewaktu aku habis pantang semasa kehilangan puteri aku, Cahaya Balqis. Dia yakinkan aku, aku perlukan percutian untuk lupakan masalah dan dia uruskan almost everything. Aku dengan Hadi hanya perlu setuju dan kos bahagi 4. Aku punya pengalaman manis tersangkut dalam bot dengan dia di Padang. Sekali-sekala teringat, aku dan Moses tergelak-gelak juga. Oh, ada sudut yang dia tidak selesa hahaha (aku panik juga, tapi terkawal). Memori kitorang meredah hujan untuk minum kopi panas dan makan pisang cheese kali pertama di sana juga antara memori terbaik yang pernah tercipta. Oh, semua itu 6 tahun yang lalu dan molek sangat kami mengukir kenangan baharu.

Semua dia uruskan. Aku hanya uruskan visa aku dan tiket-tiket lain turun naik kapal terbang dialah yang mengaturnya, termasuk agenda berpoya-poya. Lama misi ini…hampir separuh bulan. Tapi, if not now, when? Aku kena lalu untuk aku punya cerita untuk diri aku dan kawan-kawan juga.

Dan jujurnya aku perlu lari sebentar dari rutin dan realiti. Kena recharge balik energy, lupakan masalah dunia dan beri keadilan pada diri aku. Aku tak bercuti sejak bulan puasa sampailah hari ini kecuali cuti sakit. Sakit pun sebab badan aku dah mintak ampun suruh slow down. Emosi sedikit bergolak sebab banyak benda melibatkan jajahan emosi terjadi tanpa sengaja. Kali ini aku bersedia untuk move on for good dan mulakan hidup baru.

Yup, i need to be alone and recollect my thoughts. Balik nanti aku akan jadi Benny yang sama, cuma lebih banyak cerita dalam saku.

#LandofMysteryandDiversity #countingdays#10daystogo #cantwait

 

Posted by on September 5, 2018 in Menghitung Hari, Misi Rahsia

Leave a comment

Jangan Menyerah!

 

Di pagi berbahagia sementara menanti nak pergi kursus yang tak tentu aku bahagia di sana, aku nak cerita pasal jangan putus asa. Never give up, kipidap what-so-ever, jangan berhenti berharap. Sebab kita manusia, kita punya keinginan dan harapan yang kalau kita tak dapat apa yang kita nak sangat-sangat, kita rasa langit runtuh dan ranap.

Tanpa kita sedar, ada perkara yang berlaku sebenarnya di luar batas kawalan kita, yakni suratan hidup yang telah disuratkan yang kuasa. Aku tak mahu semua yang baca rasa, tak perlulah berusaha kalau sudah suratannya begitu – tak dapat apa yang kita hendak. Jadi nak usaha bergantang-gantang menggadai emosi untuk apa?

Sebabnya kita ini manusia…Waima agama apapun yang dianuti, setiap kita dituntut untuk berusaha. Dalam berusaha, emosi kita akan tercalar, ego akan tercabar dan hati manusia-manusia lain akan tercakar. Ha, nampak tak? Wakanda forever semua itu.

Berusaha tak bermakna hari ini buat, esok dapat. Samalah macam memujuk orang…takkan bagi cokelat bila bergaduh terus lemah gelodek hati kawan yang terasa tu. Makan masa semua ni. Usaha ini kena berterusan. Baharulah orang nampak sesuatu yang simple, tapi besar maknanya iaitu kesungguhan.

Aku mulakan dengan dengan jangan putus asa kalau kita tak dapat naik pangkat. Memang rasa tak dihargai kalau kita tak dapat. Seolah-olah sumbangan yang kita beri tak dikira langsung oleh mergastua. Lantaran terus jatuh demotivated dan rasa kecil hati dengan pengurusan yang ada. Selain faktor belum rezeki, gunakanlah masa di bawah ini untuk memikirkan apa kita nak jadi kalau kita di atas. Adakah mengekalkan rasa demotivated yang ada? Atau bersedia untuk jadi phoenix bila kita dapat pangkat itu suatu masa nanti?

Ya, masa memang boleh buat kita jadi gila menunggu. Tapi kita tak boleh kawal masa, mungkin boleh kawal situasi tapi lebih logik – kita boleh kawal diri.

Jangan juga pernah berputus asa dengan hubungan sesama manusia. Baik pasangan, kawan, ketua, makcik kantin, abang Grab dan pemotong rumput RTM yang nan helok kalau kau sempat tengok dia. Serius tak tipu…nan helok, i ripit, nan helok.

Sebab kita berurusan dengan hati manusia dan hati ini jahat…Dia tak tetap dan selalu berbolak-balik. Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci, kadang-kadang rimas semua ada. Kalau hari ini berurusan dengan bencinya dia pada kita, sampai bila ada dalam radius yang samapun terasa macam tiang telekom, bawa bertenang dulu. Yang penting cari punca dan sort things satu persatu. Pasangan kita maybe difficul, moody tak tentu hala, flip-flop, Kriss Kross Vanilla Ice Latte semua ada tapi macam point hati tadi…dia tak tetap. Approach balik bila sesuai. Ya, kau akan berdepan cabaran hati kering, kena island in the stream dan situasi lain yang tak membina. Tapi usaha tetap usaha. Macam cerita semalam, berjaya atau tidak pokok pangkalnya atas kita. Kalau kita give up, habis berderailah hubungan. Kalau kita bersungguh, collide / reconcile name it apa juga yang beri konotasi yang sama.

Setiap orang berdepan demons mereka sendiri. Kang aku tulis homunculus, qiran atau setan sudah tinggi sangat kashafnya. Tapi itulah…belaan yang ada dalam diri yang kita dok bergasak hari-hari. Apa yang kita tahu logik akal itu salah dan jangan buat, eh…itu yang dirayu-rayu suruh buat. Jahat ni…susah nak handle walaupun kena rukyah hari-hari.

Itu sebab, bila kita tengah ada konflik dengan manusia, pujukan mengambil masa yang saaangat lama untuk berjaya. Dia ada saka dia, kita ada saka kita dan paling penting – kadar sabar dan iman yang tidak sama.

Bila aku sembang dengan lelaki, dia kata perempuan complicated, dengan perempuan pula cakap lelaki yang complicated. Kalau arwah abah aku dulu, dia pegang dua-dua kepala dan hantukkan – korang berdua sama ajelah! (yes,abah den brutal).

Jadi jangan give up. Betul semua jadi suratan tapi kita lalu benda ini, kita suratkan nasib kita sendiri. Sebab relationship memang complicated.

Jangan give up dengan kehidupan, jangan give up dengan manusia dan paling penting – jangan give up dengan diri sendiri. Hati aku ni, dah pecah retak tampal berkali-kali sampai lunyai berderai. Tapi kalau aku kalah dengan ujian dunia bermula UPSR sampai sarjana, siapa aku hari ini? Benny lembik? Kememeh dan menyerah???? No way…bangun balik dan never give up.

Give up untuk manusia aku sayang, oh…tak akan berlaku. Biar patah riuk, retak seribu dan barai akan aku lalu. Kalah pun aku lalu, tapi biarlah kalah bermaruah. Yang aku ada tu, bukan sehari usaha nak tambat jiwa dia. Tak dapat tak apa, tapi dia tak boleh deny usaha aku.

Ada masa aku welcome rasa-rasa tak best ni untuk aku fikir, apa bala lagi nak datang. Apa aku nak buat dan apa-apa yang lain. Tapi jangan lama-lama sangat sebab aku tak mahu perasaan tu jadi bestfriend aku. Aku akan give-up bila aku mati.

Selagi belum…korang akan baca semua benda ini. I promise u that…

P/s: Sebenarnya aku stop di sini sebab aku dh on the way gi Ipptar dengan Haliza Mat Kharsa.

 

Posted by on September 4, 2018 in Jiwa Retak, Untuk Dikenang

Leave a comment

Jambatan Ke Hati Kita…

Ini adalah satu topik yang buat aku susah nak tidur malam hampir gazillion years lamanya. Bukan sebab aku sedang melaluinya (neraka, semua orang pernah lalu cuma dengan skala berbeza dan berbakul usaha memperbaiki keadaan), tapi sebab aku selalu bersembang “What if, what if” dengan diri aku. Aku rasa ramai yang lalu dengan skop yang berbeza dan rasa itu amat berat dan pedih untuk diakui. Nak mengaku takpe, tak mengaku pun takpe sebab cerita setiap orang berbeza walaupun rasa yang ada sudah disemai berpuluh-puluh tahun lamanya.

Sebelum belayar lebih jauh, aku nak tegaskan bahawa:-
1. Setiap orang mencuba menjadi yang terbaik untuk pasangan masing-masing
2. Setiap orang ada konflik dalaman masing-masing.
3. Setiap orang yang pernah stuck-pernah rasa untuk lepas dan bebas (sila faham sendiri).
4. Setiap orang rasa dia aje usaha lebih tapi pasangan tak macam itu.
5. Setiap orang fikir anak-anak sebelum fikir diri sendiri.
6. Setiap orang yang jumpa manusia lebih memahami diri dia dari pasangan sendiri akan rasa point 1 – 5.

Kalau kita tak bahagia, perlukah kita seksa perasaan pasangan kita? Kenapa tak bahagia? Dari kekecil-kecil hama sampailah sebesar-besar paus boleh dijadikan tajuk cerita. Duit, setia, kerjaya, tanggungjawab, rasa dah hilang dan berderet lagi boleh aku tulis dari Osaka sampai Amritsar. Rasa cinta hilang macam Thanos petik jari. Hati tawar…

Tak mahu baiki balik hubungan itu?

Aku akan sentiasa minta sesiapa yang bertanya soalan ini untuk buat satu benda mudah – komunikasi. Bercakaplah dengan pasangan kau…kalau dia tak nak sembang, hantar WhatsApp, emel, BBM apa juga kekdahnya – communicate. Dalam pada kita minta keadilan untuk diri kita, kita juga kena adil pada pasangan kita. (Konsepnya kalau ada masalah kena bercakap termasuk bos dengan staff, kawan dengan kawan waima ahli politik dengan ahli politik).

Jawapan yang akan kita dapat, kalau tak melegakan hati, menyakitkan hati. Sebelum nak berjumpa tu, lapang-lapangkanlah dada dengan jawapan yang mungkin/bakal kita terima. Langit mungkin terang dan langit mungkin runtuh.

Aku fikir, apa juga keputusan yang bakal jadi semuanya atas diri sendiri. Nak ikutkan, nak pertahankan, nak lantakkan atau nak usaha sampai dapat apa yang tersimpan dalam hati. Orang yang nekad dah tak peduli sebab dan akibat, sebab dia rasa tak boleh lagi dah. Sama kekdahnya orang yang nekad sebab dia rasa boleh pertahankan lagi hubungan yang ada. Memang gila-gila babi usaha untuk tegakkan balik tiang yang senget entah berapa darjah dari paksi bumi.

Memang kesabaran sahaja asas yang ada dan tinggal dalam diri. Berapa lama boleh sabar, pun tanya diri sendiri. Sabar dan iman ini berkait rapat. Kalau takde iman, ramai dah bunuh diri. Bukan sebab tak sayang nyawa, tapi tak larat nak tanggung derita dan pedih hari-hari.

Paling klasik, sanggup hidup menyendiri dan bersendiri sebab rasa diri tu tak boleh nak hidup dengan siapa-siapa. Biarlah dia aje tanggung semua, tak payah seret hati dan jiwa manusia lain. Ini aku tak faham kenapa dan mengapa sebab bila mati, soheh kau seorang kat bawah tu sampai hari pengadilan. Masa hidup inilah luaskan pergaulan dan beri ruang untuk diri sendiri rasa bahagia. Bahagia sangat subjektif. Bahagia tak semestinya memiliki. Ini catatan lain, bila-bila aku tak boleh tidur aku tulis.

Mudahnya begini, tiada mana-mana rumahtangga aman bahagia macam yang selalu korang baca dalam media sosial atau tengok drama. Baik yang kaya, miskin, ostard, retis waima penerbit rancangan sekalipun. Kau tersepuk 7 kali, bangkit balik 8 kali. Dalam hidup, pasti ada sesuatu yang berbaloi untuk dipertahankan. Kebahagian diri, kebahagian orang lain atau kebahagiaan bersama. Pilih dan berbahagialah dengan keputusan itu sebab pokok pangkalnya “kau yang pilih.”

Jadi, kau mahu bakar jambatan itu atau baiki? Jangan kau bakar jambatan tu, kemudian terhegeh-hegeh nak baiki balik sebab masa itu mungkin dia sudah bersedia untuk membina jambatan ke tempat lain pulak.

Jambatan macam masalah, kau kena lalu.

Sudah, pejam mata dan tidurlah. Setiap hari adalah hari baharu. Esok bermula semua dengan susu segar Fresh Farm perisa asli ataupun kurma.

(Catatan ini tiada kaitan dengan yang belum berjodoh, sebab jodoh kuasa tuhan dan usaha atas diri sendiri. Ada sebab kenapa kita dalam situasi yang kita lalu sekarang dan gali sendiri maknanya. Ini hanya catatan Kak Benny yang mabuk ubat, overdose kopi dan tak cukup rehat. Oh, dan kecewa tak dapat mainan Doctor Strange kat Tesco semalam).

P/s: Benny okay, cuma dia penat dan lama tak pergi travel. No worries okay…give me time ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Skip to toolbar