Ok – Affirmative!

Setiap malam sejak lokasi dikenalpasti dan tiket sudah dibeli, aku sering memikirkan apa yang bakal aku lalu dalam kembara yang akan bermula kurang 2 minggu lagi. Teruja tak payah cakap. Memang tidak pernah terfikir aku akan ke situ dan negara itu.

Tapi aku diseru…aku juga dicabar. “Kau tak akan buat benda ini seumur hidup kecuali kau nak buat dengan aku…sebab aku nak buat semua itu” kata kawan aku yang meniup api kembara solo yang lama malap. Aku fikir balik, memang betul. Aku bayangkan untuk pergi ke tempat yang aku selesa sahaja – murah, cantik, selamat dan Asia Tenggara. Aku ingat lagi kembara solo aku pertama ke Yogyakarta…sumpah sangat santai, selesa, penuh memori dan elemen kebetulan.

Jujurnya aku agak pentakut juga seorang diri di negara orang tapi Yogyakarta lain. Ia kota seni yang selamat. Negara yang bakal aku pergi ini, kalau tak sebab kursus memang aku tak akan pergi apatah lagi seorang diri. Berdua dengan dia, aku rasa aku boleh survive sebab member ni sangat confident. Bersama dia, aku jadi Benny yang lain sebab dia memang bijak serba-serbi walaupun umur kami jarak agak jauh juga. Bersembang dengan dia, penuh gelak ketawa, caci-maki sopan level sentap tertinggi dan tanpa sedar, aku rasa aku jadi jujur dengan diri aku.

Oh, dia orang yang mengajak aku ke Koh Samui menaiki 4×4 sewaktu aku habis pantang semasa kehilangan puteri aku, Cahaya Balqis. Dia yakinkan aku, aku perlukan percutian untuk lupakan masalah dan dia uruskan almost everything. Aku dengan Hadi hanya perlu setuju dan kos bahagi 4. Aku punya pengalaman manis tersangkut dalam bot dengan dia di Padang. Sekali-sekala teringat, aku dan Moses tergelak-gelak juga. Oh, ada sudut yang dia tidak selesa hahaha (aku panik juga, tapi terkawal). Memori kitorang meredah hujan untuk minum kopi panas dan makan pisang cheese kali pertama di sana juga antara memori terbaik yang pernah tercipta. Oh, semua itu 6 tahun yang lalu dan molek sangat kami mengukir kenangan baharu.

Semua dia uruskan. Aku hanya uruskan visa aku dan tiket-tiket lain turun naik kapal terbang dialah yang mengaturnya, termasuk agenda berpoya-poya. Lama misi ini…hampir separuh bulan. Tapi, if not now, when? Aku kena lalu untuk aku punya cerita untuk diri aku dan kawan-kawan juga.

Dan jujurnya aku perlu lari sebentar dari rutin dan realiti. Kena recharge balik energy, lupakan masalah dunia dan beri keadilan pada diri aku. Aku tak bercuti sejak bulan puasa sampailah hari ini kecuali cuti sakit. Sakit pun sebab badan aku dah mintak ampun suruh slow down. Emosi sedikit bergolak sebab banyak benda melibatkan jajahan emosi terjadi tanpa sengaja. Kali ini aku bersedia untuk move on for good dan mulakan hidup baru.

Yup, i need to be alone and recollect my thoughts. Balik nanti aku akan jadi Benny yang sama, cuma lebih banyak cerita dalam saku.

#LandofMysteryandDiversity #countingdays#10daystogo #cantwait

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *