Oh,No..! TV Meletop..

TV rumah nie dah kurang lebih 4 tahun kami guna. Banyak jasanya…dialah yg temankan aku layan segala mcm DVD dan berkaroke macam-macam lagu. TV nie dibeli beberapa bulan lepas kami kawin..

Dua-tiga hari lepas,dia meragam. Asal bukak mulalah meletup-letup manja. Lama-lama tu meletup seram pulak. Akhirnya terus gelap..segelap pandangan aku jugak. Teruk betul timing nak rosak.

Tadi Hadi beli TV baru..42 inci lebih kurang. Berpinar bijik mata memandangnya. Katanya dia beli kerana kasih dan sayang pada aku. Terharu dan terkesima kejap. Dia dah la nak bercuti..Short duit belanja sebab beli TV nie..

Apapun, thank you Hadi..Ya,dia buat aku gembira dan bersyukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *