Ohai, Semester Baru!

Malam semalam, aku agak lewat tidur. Nanges-nanges 4km untuk cuba siapkan proposal dalam keadaan tajuk dah dapat, tapi risaukan skopnya yang agak besar. Bila tanyakan perkembangan rakan-rakan yang lain mereka rupanya datang bawa mutual agreement sahaja. Ingatkan pagi tadi perjumpaan kena hantar semua mak nenek ini dengan segera. Rupanya hanya taklimat mukadimah selamat datang ke alam tesis 2013, hantar mutual agreement/dapatkan tandatangan supervisor (kalau dah ada) dan kenalpasti supervisor, bagi mereka yang masih tercari-cari.

Untuk diri aku, syukurlah sudah ada dicadangkan supervisor oleh Koordinator dan tuan punya badan pun dengan senang hati menerima aku seadanya bersama 2 rakan lain. Borang pun sudah ditandatangani, tapi aku belum hantar ke pejabat. Tajuk juga sudah dibincangkan. Mujur beliau bersetuju – itu pun subuh tadi aku sedar skop kajian ini besar bapak. Mujur juga 4 tajuk cadangan yang aku sediakan, yang aku rasa sesuai itulah yang dipersetujui bersama. Jadi langkah awal hanya mengemaskini kertas cadangan, kaedah dan rencah-rencah lain. Agak nebes untuk lalui semester akhir ini kerana aku sangat berharap ia berakhir dengan sangat indah, seindah keputusan semester lepas.

Yang semangatnya, sarjana belum selesai dah berura-ura nak sambung PhD. Biasalah, aku mahu capai semuanya 🙂

Agak mencabar untuk melakukan semua ini dalam keadaan yang hampir sarat. Jadi Tuhan, permudahkanlah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *