Ohai, Samurai Burger = Burgasm!

image

Imbas kembali episod dalam How I Met Your Mother episod di mana Marshall mencari burger paling sedap di New York dan mencapai burgasm. Masa tengok episod itu, apa yang aku rasa hanya mahu makan burger yang sedap. Paling tidak burger Superstar Carl’s Jr. Itu burger habis sedap yang boleh aku makan tanpa tunggu musim (kecuali musim kemarau takde gaji).

Akhirnya burger paling sedap yang aku gemar sedari zaman remaja muncul kembali. Samurai burger!!! Tidak seperti Prosperity dan GCB yang muncul hampir setiap tahun, Samurai burger hanya muncul suka hati epiphany bahagian pemasaran McD sahaja. Aku langsung teringat perbualan dengan Kak Shima di McD Seksyen 3 Shah Alam selepas kelas berakhir betapa kami rancaknya kami bersembang pasal Samurai burger.

Apapun terima kasih tuan tabib kerana belikan satu set berkembar untuk aku. Walaupun semput kerana gaji belum masuk, diusahakannya juga. Aku nak bayar balik tapi dia enggan.

image

Ok…ini adalah catatan yang akan aku baca di masa depan bilakala aku rindukan rasa Samurai Burger. Jadi sila faham kalau ia agak melampau..
“Ia sangat sedap…Baunya sahaja sudah cukup membuatkan aku lapar segera. Roti sangat lembut, daging yang enak yum yum dan jejesan kuah Samurai cukup membuatkan aku rasa nak makan dengan pembalutnya sekali! Ya..aku capai burgasm!! Aku rasa seolah di alam sekolah menengah sekejap..Berapa kali aku pejam mata dan detik-detik zaman remaja masa aku mengumpul duit untuk makan burger ini muncul kembali. Rasanya mahu sahaja aku makan setiap hari sampai promosi tamat.”

That was the best burger..ever!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *