Ohai, Masakan Dari Syurga..

Pajori Noneh 2.0

Ini semua gara-gara Kak Efa..Iya, dia penyebabnya. Pantas aku pasang hasrat dijiwa untuk menggoda mama memasak pajori noneh untuk kali kedua!

Selepas masukkan saguhati bulanan pada mama, lewat malam semalam dia kirim sms bertanyakan kenapakah bilangan yang aku hantar bulan ini lebih? Hehehehe sebab sayang aku lebih katanya… Sebenarnya sejak pelarasan gaji baru, memang aku pasang niat untuk naikkan elaun bulanan untuk kakak dan mama. Alang-alang mama sms, terus aku utarakan hasrat nurani dan dijawab – oh, bisa diatur 🙂

Maka tengahari tadi aku balik dengan perasaan yang tidak sabar. Sangat sedap…tengok gambar pun tahu ia sedap. Super sedap sebab mama goreng ikan sepat masin (dulu aku request ikan sepat, tapi mama goreng pekasam sebab kebetulan pekasam ada dirumah)

Untung menjadi aku kala ini..Tapi jangan begitu kakakku…ekau dulu mama masakkan kotam. Den mintak buah yo..

Mama terus tanya aku nie tidakkah terasa teringin yang masam-masam. Errrr..tidak rasanya. Oh, mcm pembawaan anak lelaki itu. Aku hanya gelak kecil dan bertanyakan hal-hal yang tidak aku faham sangat tentang berbadan dua ini. Ini termasuk kisah mengidam dan juga nama-nama anak. Tapi biarlah itu aku tulis di catatan lain yang tiada kena-mengena dengan pajori noneh ini..

Masakan mama memang masakan dari syurga..ia super champion!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Ohai, Masakan Dari Syurga..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *