Ohai, Kuala Terengganu – Achieving Impact!

Kalau diikutkan, badan aku jatuh kategori penat sangat-sangat rasanya. Tak habis lagi lelah berkursus sebulan di Jepun, aku terus masuk kerja. Aku sepatutnya berkursus di Kuala Terengganu pada 18 – 21 Ogos dan aku merancang terus bercuti di sana seminggu. Alang-alang, aku minta Hadi datang sahaja dengan anak-anak dan Mama supaya dapat terus bercuti di situ. Lama aku berhutang masa dengan mereka semua.

Tuhan mempunyai percaturan lain untuk aku. Aku tidak dibenarkan bercuti sebulan ini kerana syarat pemangkuan yang aku terima Selasa lalu. Jadi aku sifatkan itu adalah masa untuk habiskan bersama rakan-rakan dahulu yang sepurnama juga aku tinggalkan.

Maka aku dengan Aie berkereta untuk ke Kuala Terengganu. Sudah lama kami berjanji untuk road trip ke Pantai Timur. Sejak trip gile kami ke utara awal tahun lalu, memang asyik menyebut-nyebut, bilalah nak ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam. Tapi yang penting – makan!

Pukul 11.00 pagi Aie sampai rumah dan kami menyinggah di KFC dahulu untuk membungkus bekalan. Lapar sangat rasanya. Malam sebelum itu aku tak makan banyak. Kemudian kami terus menghala ke Pantai Timur. Ohai…banyaknya cerita, catching up sesama sendiri. Sebulan aku tiada, dia pun senyap aje. Seolah-olah macam prapersediaan kami untuk berpisah unit. Tidak menyinggah mana sangat, sebab takut sampai lambat. Kami hanya berhenti di Kemaman. Aku lama mengidam SATARUDIN!

Sebaris sata aku bedal…2 kali menambah keropok lekor dan ais jagung menemani petang nan indah itu. Sampaikan sata di pinggan Aie aku rembat juga. Bersungguh-sungguh aku makan. Indahnya Malaysia…makanan halal dan sedap belaka. Betul-betul membalas dendam sebulan makan bercatu.

Usai makan, terus pecut ke Kuala Terengganu. Yang feeling-feeling nak singgah Rantau Abang la, penyu la bagai-bagai ditangguhkan dahulu. Kami sampai di lokasi kursus sekitar pukul 6.30 petang. Selepas makan malam, kelas pertama pun bermula. Mujurlah lebih kepada taklimat dan makluman perjalanan kursus sahaja. Masing-masing dah pancit dan keletihan.

Semasa mohon kursus ini, aku masih di bawah UKK. Semasa hari kejadian, aku sudahpun berada dalam Unit Promosi. Memang jadi reunion UKK la kursus ini. Aku, Aie, Ayu, Ati dan Fizah bertemu di sini dalam keadaan Ayu berada di Drama dan Aie di Klasik. Hanya Fizah dan Ati kekal memakai baju UKK.

Malam itu, kami makan malam di Uptown Kontena. Baharulah pergaulan aku meluas dengan rakan-rakan dari unit lain. Sama ada aku tidak mesra alam atau bumi tidak menemukan kami, di kursus ini baharulah aku bersembang-sembang dengan Gee, Ija, Puan Azizah dan En. Hanafi. Tapi En. Hanafi ni, selalu juga kami bertembung dalam mesyuarat. Malam itu, kami makan dengan perasaan yang bercampur-baur dan laparism. Orang tak ramai..masak punyalah lembab siput. Aku meluru ke kedai ini sebab terpengaruh dengan poster teh ais berbuih-buih tu…ok, teh ais tu memang Azizah The Legend..sedap giler! Chicken Grilled yang aku pesan juga kategori sedap. Next time aku kena pacak muka depan kaunter untuk pastikan dia masak pesanan aku dahulu dengan kadar yang logik.

Selepas makan, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar. Aku sangat bersyukur ke sini dalam keadaan aku ada handphone dengan kamera yang cantik, berbanding kamera ASUS kelabu Sesal Separuh Nyawa di Jepun. Kami juga dilayan oleh penghibur Danial Clown dan rakan-rakan dengan permintaan belon yang macam budak-budak jadinya deme ni… Terima kasih buatkan akak belon beruang yang dikurung dengan hati. Akak sangat hargainya…simpan sampai kecut.

Esoknya kelas bermula. Tidaklah aku mahu mengulas pengisian kerana setiap kursus ada pendekatannya yang unik dan tersendiri. Apa yang dapat aku katakan, kursus ini membuatkan aku lebih bersyukur dengan rezeki yang aku ada dan aku perlu lebih banyak memberi. Memberi dalam kehidupan, memberi dalam berkerja, memberi dalam bersahabat dan lain-lain skop yang logik.

Dan aku perlu yakin, keinginan yang bersarang dalam hati sebenarnya tidak mustahil aku capai sekiranya aku berusaha dan tidak berputus asa. Aku pegang itu. Salah satu benda yang aku teringin buat ialah belajar bahasa Jepun. Sebagai langkah permulaan, aku sempat beli satu kamus Jepun-Bahasa Malaysia semasa singgah di satu kedai buku di Dungun semalam 🙂 Don’t be afraid. You can do it. Ganbattekudasai, kata pak angkat dalam mesejnya yang baharu aku terima.

Terima kasih Dr Kamril atas semua lesson in life itu…

Biasalah kursus…mesti ada aktiviti dalam kumpulan. Kumpulan aku menang dalam game kumpul getah. Walaupun tak cukup peserta – kumpulan aku ada 5 manusia, yang lain ada 6, berkat teamwork berjaya juga. Kami dihadiahkan sejadah mini. Ya Allah, aku memang terasa nak beli satu tapi dipermudahkan pula. Rasa terharu dan bersyukur sangat…Begitulah yang Ella rasa…

Selepas kelas, seperti biasa aku dan Aie akan keluar mencari makan. Kali ini kami bawa bersama-sama seorang polis bantuan yang satu kumpulan dengan Aie masa game tadi. Kira macam belanja dia sebab dialah punca tonggak kemenangan kumpulan 1. Memang kami bertiga makan tak ingat. Ikan, udang, sotong celup tepung dibaham tanpa simpati, tanpa menyedari suka boleh membawa duka.

Malam itu juga aku kena food poisoning! Mengerekot kesakitan dan tidur sepanjang hari. Memang betul la aku dapat berehat yang aku nak sangat-sangat itu. Tapi betul…lepas episod kena food poisoning tu memang aku rasa segar balik dan hilang sedikit keletihan yang ada.

Makan tetap juga tak kawal. Aku bantai juga durian macam biasa 🙂

Jadi, apa yang achieving impact? Oh, banyak…

Aku dapat macam-macam pengajaran. Aku dapat luaskan pergaulan dengan manusia yang datang dari pelbagai latar belakang. Aku capai kukuhkan ikatan persahabatan dan aku capai hasrat aku ke Kuala Terengganu. Seperti kursus di Jepun, teamwork sangat penting. Aku akan pegang itu sampai bila-bila.

Terima kasih semua atas memori yang indah. Terima kasih urus setia kerana penganjuran kursus ini. Santai tetapi memberi kesan. Terima kasih memberi ruang kepada polis bantuan untuk berkursus dengan kami. Pertama kali aku melihat bakat terpendam mereka, terus jatuh kagum.

Aku sampai rumah sekitar jam 1.00 pagi dan esoknya berkerja macam biasa. Walaupun rabak, aku berjaya melakukannya. Cuma sedih sikit masa balik Hadi dan anak-anak sudah tidur. Aku tak sempat nak bermanja-manja dengan mereka. Tak apalah itu….nanti aku akan ganti juga masa-masa terpisah ini dengan mereka semua.

Sekian…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *