Ohai, Kelas Pertama Semester Baharu

image

Dari pagi aku rasa excited nak ke kelas. Kelas tu tak sangat. Nak jumpa rakan-rakan tu yang buat aku jadi kanak-kanak ribena kejap. Mungkin disebabkan trafik yang macam puaka tak ramai sampai awal jadi tidak ramai sempat melepak di Khalifah. Hanya aku, Fariq dan Kak Shima sahaja di situ.

Kelas pertama bermula dengan sangat fuzzy dan deyta. Walaupun perasaannya seolah kelas Moses dan kelas Media Tech, tapi kadar fuzzy aku sangat tinggi. Kenapalah aku kena hadap kembali data storage cloud computing bagai ni..Kesimpulannya malam tadi aku fuzzy.

Lepas kelas, kami melepak di Deeng. Sempatlah bersembang dan makan dengan riang. Aku sangat lapar kebulur sebab seharian hanya makan rojak-itupun tak habis. Kira punya kira, bilangan kami semakin susut. Ramai yang tarik diri tak kurang bercuti semester. Ada setahun lagi nak kayuh. Lenjan sajalah..

image

Aku masih gigih dibarisan hadapan. Sudah 2 semester begitu. Tujuannya mendapatkan ilmu kena di depan selain memaksa konsentrasi bersepadu. Tapi berdasarkan intro, macam ada potensi gagal. Makcik buta IT nak oi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *