Ohai, Januari 2016!

jan

Hari ini sudah 26 Januari 2016. Banyak benda yang menarik untuk aku catatkan di sini. Tapi ternyata aku terlalu sibuk berjuang dengan masa. Semua cerita-cerita itu tersemat di kepala otak tanpa sempat dilampiaskan ke laman ini. Aku akan cuba juga tulis yang mana sempat – untuk ingatan aku juga.

Apa pun, aku berasa riang juga kerana salah satu azam untuk 2016 telah aku capai pada permulaan tahun nan indah ini. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara sejak kehadiran Eskandar dan disusuli Ezzudin.  Sepanjang tempoh 3 tahun itu kami sekeluarga hanya bercuti dalam negara sahaja. Mula-mula dahulu aku selalu cakap, kalau nak bercuti kena bawa mereka juga. Jadi susah sikit hendak ke luar negara sebab nak membawa anak ni letihnya lebih sikit. Tapi jangan salah terpa pula. Aku salute pada yang sanggup bawa anak-anak kecil bercuti bersama ke luar negara. Mak tak mampu…(tak mampu jaga) *nangis2tengokgambarpantai

Jadinya minggu lepas – selepas 3 tahun tidak ke luar negara – aku merasa berjalan ke Pattaya, Thailand. Perasaannya sangat indah…indah sebab pergi untuk menyambut hari lahir aku yang ke-35. Indah juga sebab aku pergi berdua sahaja..Terasa macam baru ada boifren pun ada perasaannya tu.

Aku berharap ini merupakan detik mula untuk aku merasa ke tempat lain pula. Tak kisahlah untuk berkursus atau bercuti. Pergi tempat orang ni seronok. Jumpa orang baharu, tengok tempat orang dan meneroka benda-benda baharu. Yang penting setiap tempat yang aku pergi itu akan meninggalkan memori yang manis untuk aku kenang 🙂

Semoga lorong rezeki aku akan terbuka seluas-luasnya tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *