RSS

Ohai, India – Orange Traveller On The Move

September 17

Sebentar lagi aku akan terbangĀ dari Amritsar ke Srinagar. Kepada yang bertanya, apa ada di sana dan kenapa ke sana? Maaf, aku tiada jawapan yang solid. Dalam jadual adalah susun beberapa tempat untuk aku pergi dan semuanya bersifat nomad. Aku tak fikir untuk percutian santai bersama keluarga, ini adalah laluan yang perlu orang ramai ikuti.

Dua malam di India, aku sifatkan aku selesa dan aku sendiri macam tak percaya, aku boleh ingat jalan-jalan di sini. Benar, makanan dan minuman bersih sangat sukar tapi itu kalau kita memilih membeli di tepi-tepi jalan. Kena tengok kedai mana yang review baik, baru berani cuba makan. Memandang chai yang berasap-asap ditepi jalan memang rasa geram. Aku anggap dajal dunia semua itu. Kena kuat Benny…kena kuat.

Kalau minuman, coke paling selamat. Semalam aku pesan Nasi Goreng Schezuan, bapak pedas dan portionnya satu jabatan boleh makan. Ini juga kena put into consideration sebab bila lapar, kita tamak. Order satu dua aje dulu…tak cukup baru tambah. Sudah 2 malam juga aku minum kopi panas yang disediakan dengan susu segar. Syukur badan boleh terima sebab aku sangat berhati-hati takut terkena keracunan makanan.

Cuma badan aku sahaja mulai sakit-sakit. Bukan sebab beg berat. Apa sangat aku bawa…tilam dekat hotel tu punyalah tak sedap. Bantal lembik gelodek pun punca-punca sakit badan juga. Tapi tadi aku sudah sapu muscle gel, harap-harap tidak teruk sangat. Kalau takde pengurangan, aku kena cari tempat urut jawabnya.

Untuk mengelakkan aku memikirkan masalah dunia (hahahaha) semalam aku langsung tak tengok berita tempatan. Malas memikirkan perangai manusia. Aku ambil begini sahaja – orang baik ada di mana-mana, begitu juga sebaliknya. Tawakalillah sepanjang jalan dan semoga kami dilindungi oleh yang kuasa.

Ya, ada rasa rindu yang tak akan padam pada anak-anak. Video keletah mereka menjadi peneman setiapkali teringat-ingat. Tuhan, jagakan mereka untuk aku šŸ™

Setakat itu dahulu…aku mengisi masa menantikan penerbangan dengan melakukan pembacaan dalam mahami masalah duniawi perpisahan antara India – Pakistan dan melarat sejarah Bangladesh juga.

#OrangeTraveller

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on September 17, 2018 in Catatan Dari India

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar