Oh, Kesian Meow…

Smelly cat..smelly cat..it's not your fault..

 

Aku tak suka kucing. Errr…aku bukan penggemar kucing. Itu lebih tepat. Walaupun masa kecil kami adik-beradik pernah bela seekor seorang kucing, aku tidaklah tumpah penuh kasih sayang pada binatang itu. Peliknya, kucing itu hidup lama, yang lain-lain dimanja sayang bagai mati dilanggar bas atau tak dapat dikesan.

Lain pulak dengan pasangan aku, dia memang sayangkan kucing. Sangat sayang dan manja dengan mereka. Mungkin kerana itu dia juga lagak manja bila bersembang dengan rakan-rakan wanita yang lain..Ooops! Tak apalah.. Pokoknya dia manusia berperasaan dan sedikit sebanyak aku terkait dengan jalinan itu. Dirumahnya dahulu ada berpuluh ekor kucing yang dibela dengan nama-nama yang pelik. Tidak hairanlah apabila mendapat berita kesemua kucing itu mati satu persatu dan kini semuanya arwah, dia sangat sedih.

Jiran bawah ini membela 4 ekor kucing. Pada awalnya semua terpelihara dengan baik. Lama-lama tu pandai-pandailah kucing-kucing itu mencari makanan. Kerana kasihan, adakalanya kami akan memberi lebihan lauk, ikan bilis gaul nasi dan susu untuk mereka.  Setiap kali membeli barangan dapur, kami akan mendapatkan makanan kucing paling murah kerana senang untuk disediakan.

Sudah dua malam makanan kucing habis. Kucing itu semakin pandai mengetuk dan mengiau di depan pintu rumah. Ya, Allah…hibanya hati mendengar. Tambahan bila hari hujan yang mana dengan sejuk dan lapar menjadi satu. Sekarang ini sudah seakan amal jariah pula untuk kami sekeluarga memberi makan pada sekeluarga kucing di bawah.

Aku tak paham apa jenis perangai pelbagai manusia di bawah rumah itu. Cumanya, bila melibatkan makhluk bernyawa memang panas hati aku dibuatnya. Ia ibarat membaca status di Facebook yang mana sang ibu menulis – oh, kasihan anak menangis nak susu…bla..bla..bla.. susu tak banyak..bla..bla..bla..susu formula. Daripada sibuk mencapai handpone mengupdate status kau sodok la tetak kau tu bagi anak diam. Duh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *