Oh, Doel Sumbang..

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=nIkO7Cmt_Jc]

 

Klip di atas aku pinjam di sini.

Sebenarnya sudah lama aku mahu menulis pasal Doel Sumbang. Kalau ikutkan generasi aku sendiri tidak begitu mengenali Doel Sumbang. Mungkin sebab lagunya tahun 90’an dahulu tidak kerap dimainkan di radio Malaysia. Tapi bila dengar lagu-lagu nyanyiannya mesti ramai yang kata – oh, familiar la lagu nie..

Doel Sumbang sangat dikenali dengan lagu-lagu duet bersama Nini Carlina. Semuanya aku suka dan sesungguhnya layan. Kalau Bulan Bisa Ngomong, Malioboro, Aku Cinta Kamu dan lain-lain antara lagu hit malar segar yang tidak jemu didengar.

Doel Sumbang juga merupakan penyanyi bagi kumpulan Yang Terhormat atau YTH. Satu lagu yang selalu aku pasang dipejabat ialah Aku Takut Anjing dan Perasaan Pacarku. Lagu-lagunya mesra telinga. Sekali aje dengar dah menangkap. Dalam pada itu, kebanyakan lagunya mempunyai maksud yang jelas tanpa perlu berkerut kening nak menggali.

Pada aku Doel Sumbang manusia hebat..dan aku memang kagum dengan manusia hebat. Sila kirimkan salam penghormatan aku untuknya kalau ada rakan-rakan yang berpeluang berkerjasama dengan dia.

Selamat melayan klip di atas duet Doel Sumbang bersama kumpulan Klantink. Muzik tiada batas dan jangan sempitkan kepala dengan perbezaan. Cari persamaan dan semua akan bahagia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 thoughts on “Oh, Doel Sumbang..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *