Ocean Hauz

ocean hauz1

Beberapa bulan lepas ramai rakan-rakan post gambar mereka makan di Ocean Hauz. Kedai ini pernah menjadi viral kerana konsepnya yang unik. Ketika itu aku hanya sekadar membaca review di blog orang sebelum dua malam lepas mengambil keputusan berkunjung ke sini.

Tak payahlah aku tulis apa yang aku baca secara detail. Korang boleh google dan baca sendiri. Cuma aku maklum konsep “harga bermula daripada” dan servis kurang cemerlang jika datang pada waktu puncak.

ocean hauz2

Kerana itu aku datang lepas waktu pejabat, petang Rabu. Kebetulan aku dan Hadi lama sangat tak berdating berdua. Ini kira pre-anniversary celebration sebab minggu depan Hadi outstation, aku pula berkursus. Sesuailah kami mencuba sesuatu yang baharu ditempat yang tidak kurang istimewa.

Ocean Hauz berkonsepkan makanan laut yang dimasak dengan pilihan 3 sos serta dihidang atas meja dengan beralaskan kertas mahjong. Apron dibekalkan untuk mengelakkan pakaian cedera semasa proses makan berlangsung. Kami memilih sepeket mussles, lala, 2 ekor udang dan seekor ketam. Hadi menambah 3 brokoli sementara air sekadar air mineral untuknya dan root beer A&W. Jumlah semua RM 98.50 (lebih kurang).

ocean hauz3

Jadi komen aku adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, dalam keadaan ruang masa yang dimaksudkan seperti di atas dan keadaan restoran yang belum betul-betul sibuk.

  • Makanan – Jujurnya, ia jatuh kategori sedap dan boleh terima. Tidaklah sedap giler tergolek – tapi sedap dan cukup rasa. Antara 3 sos, aku suka lemon dan black pepper. Sos satu lagi agak pedas dan aku terkonfius antara sambal bercili dan kari. Nak kata kari tak pekat dan gelap..nak kata sambal, ada daun kari. Tapi apabila ketiga-tiga sos ini telah bersatu atas kertas mahjong, sedap juga adanya. Jadi aku cadangkan pelbagaikan jenis masakan dan rasa semua.
  • Servis – memuaskan dan menghampiri cemerlang. Tiada masalah staff tidak membantu, tiada isu masakan lambat disediakan dan semuanya serba mesra dan membantu. Aku agak panik juga pada mulanya sebab masa baca review orang katanya konsep bayaran secara tunai. Sekarang ni mereka sudah menerima kad kredit. Tahniah, badak..
  • Keadaan kedai – bersih dan selesa. Aku tak rasa keadaan sebegitu sesuai untuk dibawa anak-anak yang susah untuk duduk diam dan lasak. Kalau pelanggan lain berjaya melalui proses makan dengan tenang – tahniah, badak. Aku dan Hadi yakin kami susah nak enjoy the food kalau anak-anak dibawa bersama.

Jadi Kak Latipah, Kak Jumaahtun, Kak Idayu dan kakak-kakak lain yang tidak sempat disebut namanya, demikianlah review seperti yang diminta dan ditanya. Sukacita diingatkan saya tidak dibayar menulis tentang restoran ini. Justeru pembaca semua perlu pergi dan rasai sendiri kerana citarasa dan persepsi kita berbeza.

ocean hauz4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *