Obsessi Konsentrasi Imaginasi Peduli..

Dalam solat, kita harus kusyuk. Kusyuk ini yang akan menjadikan aturan solat itu sempurna dan mudah-mudahan kewajipan ini mendapat pahala kepada pelakunya. Dalam kelas, kita dituntut untuk memberi sepenuh konsentrasi pada guru atau pensyarah. Konsentrasi ini yang akan memberikan ingatan pada memori tentang topik yang dipelajari. Konsentrasi dan kusyuk bukan mudah. Ia perlukan faktor-faktor sokongan bagi memastikan kadar penyata di atas panjang dan bertahan.

Konsentrasi susah untuk dicapai dalam suasana yang bising, terutamanya ketika sedang menjalani peperiksaan. Tidur juga perlukan konsentrasi. Jika tidak, masakan ada manusia sanggup menyimbah air pada pasangan kucing yang sedang sibuk melantun vokal ketika episod mengorat sedang berlaku. Konsentrasi ini yang akan menyebabkan aktiviti seseorang manusia itu berjalan lancar dan menepati hasrat sebenar.

Faktor masa memainkan peranan yang penting dalam mempertahan satu kadar konsentrasi. Kerana itu filem Lord of The Ring dipecahkan dan menjadi trilogi. Sukar untuk kita bertahan menonton filem ini tanpa rasa mengantuk, bosan menahan keinginan untuk membuang air kecil hatta merokok sekali pun. Masa sangat kritikal bila bicara soal konsentrasi.

Ia dia bukan saja menuntuk kesetiaan dari diri sendiri. Ia turut didokong dengan suasana sekeliling – rakan-rakan, faktor cuaca, kesihatan dan entiti lain. Lebih baik dibicarakan soal konsentrasi sesama manusiawi. Kerana sebagai manusia kita perlukan konsentrasi atau perhatian dari pihak lain. Ia dua hala…satu pihak memberi dan satu pihak menerima.

Dan ia juga satu simbol hormat. Hormat bukan sahaja perlu diberi kepada menteri-menteri. Manusia biasa seperti aku juga mahu merasa dihormati walau apa juga simbol yang pihak satu lagi bawa. Jadi reaksi yang dingin benar-benar membuatkan aku rasa masa itu terbuang dan sepatutnya dalam posisi kedudukan itu, kamu lebih mengerti.

Sebagai tanda bersangka baik, aku klasifikasikan perbuatan itu sebagai Person-Environment Interaction perkara 3 iaitu Evocations – pelakuan itu terjadi tanpa niat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *