#NestleWWD 2012 : World Walking Day..

Janggut Hadi seperti General Admiral Aladeen. I like!

 

Seawal jam 6.00 pagi aku dan Hadi sudah bangkit dari tidur. Sudah seminggu kami menanti acara ini, World Walking Day ataupun Hari Berjalan Sedunia. Ini adalah penyertaan yang kedua untuk aku selepas KFC World Hunger Relief beberapa minggu lepas. Kerana itu kadar keseronokannya amat berbeza. Pertama, ia berlangsung pagi dan kedua – aku akhirnya merasmikan kasut Power yang dibeli tempoh hari.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 6.45 pagi dan tiba di Putrajaya kira-kira jam 7.15 pagi. Pendaftaran hampir membuatkan aku mengucap panjang. Barisannya amat panjang! Oh, nasib baik itu hanya barisan untuk peserta ‘walk-in’. Kami mendaftar secara SMS dan prosesnya berjalan sangat lancar. Gadis Cina yang comel itu sangat ceria dan ramah-tamah menguruskan pendaftaran kami berdua. Mujur baju t-shirt yang diberi berpadanan dengan tudung yang kebetulan hitam hijau. Sayang sekali tiada lengan panjang. Tapi tidak menjadi hal kerana aku sememangnya sudah bersedia dengan ‘inner’ putih. Serik pakai hitam. Rasa macam kena salai..

Antara yang berjalan..ramai lagi dibelakang tu..

Sebelum peserta dilepaskan secara rasmi, kami semua membuat senaman ringkas berkonsepkan Bhangra. Asereje pun konsep Bhangra juga. Mujur tidak berGangnam di situ. Ramai gila manusia di sini. Kurang lebih 6000 orang semuanya. Memang jadi lautan hijau yang cantik dan menenangkan. Sebelum berlepas, ramai peserta mengikat belon di lengan, di rambut dan ada juga di ‘stroller’ anak masing-masing. Aku pun teringin juga. Sempat aku tanyakan pada kakak yang memegang belon, dimana boleh aku dapatkan barang sebiji dua.

” Rembat aje dik, belon kat keliling kawasan ni” kata kakak itu dengan selamba. Akulah pulak tak sampai hati nak merembat.

Tidak lama kemudian, kesemua peserta dilepaskan dan aku ingat, lagu pertama yang mengiringi perjalanan kami dari Istana Kehakiman ialah It’s My Life oleh Dr. Alban. Terasa macam zaman sekolah rendah pulak, kala lagu itu tengah hits. Aku dan Hadi berjalan bersama. Tidak seperti larian lepas, kami tidak berpimpinan tangan. Sempat dia tanya kenapakah aku tidak sudi berbuat demikian. Tak mahu…langan dia lecah! Tangan aku juga begitu.. Kami berjalan sambil telinga aku sumbatkan ‘earphone’. Cliff Richard, Meatloaf dan Mario Winans menemani aku berjalan sambil aku bernyanyi-nyanyi kecil.

Sebelum tiba digarisan penamat..

 

Mungkin kerana kali ini berjalan dengan kasut yang sesuai, perjalanan terasa lancar dan cepat. Aku tidak menjadi badak semput Jumanji dan kaki tidak sakit langsung. Sebenarnya seminggu lepas aku sudah mula membiasakan diri berjalan dan bersenam agar aku tidak pancit. Memang betul seperti ucapan wakil Nestle tadi, bermula bukan senang, tetapi kalau dah dimulakan akan jadi senang (lebih kurang alih bahasa).

Inilah sarapan pertama pagi tadi..

 

Habis larian, memang aku dah usha lori Milo yang lazim ada di sekolah dahulu apabila adanya hari merentas desa dan jogathon. Tapi barisannya saaaaaaangat panjang. Bila hampir tiba giliran kami setelah beratur panjang, aku lihat brader tu sudah tonggengkan tong air. Hmmm, kita beli dekat stesyen minyak ajelah balik karang, kata Hadi. Aku hampagas di situ juga. Aku berjalan tanpa sarapan pagi tadi. Minum pun air mineral yang dapat di garisan penamat. Milo dingin sangat sedap kala dahaga begitu.

Sebelum balik, ada acara cabutan nombor bertuah. Hal ini memang leceh. Sejarah hidup aku membuktikan aku sering gagal acara cabutan bertuah. Tapi Hadi gigih menunggu. Dah agak, memang tak dapat. Sebelum balik, kami singgah stesyen minyak dan membeli Milo kotak besar. Ohai, ia dingin dan sedap.

Ohai, Milo kotak besar untuk kami berdua..

Selamat ulang tahun yang ke-100 Nestle!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *