Nebes Itu Perlu..

Hari ini sakit lama yang ditinggalkan hampir 7 tahun lalu datang balik. Sakit panik setiap kali menjelangnya waktu pembentangan. Kenapalah masalah ini tak menghilang aku pun musykil. Sepatutnya pembentangan dibuat minggu lepas. Tapi atas kehebatan rakan-rakan sekelas ianya ditunda ke hari ini.

Padahal, bahan yang hendak dibentang sudah disediakan dengan selengkapnya. Masalah nebes aku berlaku atas dasar semakin banyak informasi kita ada, makin banyak yang kita rasa tak ada.

Nebes itu perlu..ia membuatkan kita mahu memperbaiki diri dan menanam azam palsu yang saban tahun diucapkan. Tak kisahlah…itu tanda amaran yang aku perlu bersedia.

Apapun, ia berjalan dengan lanjar. Walaupun tomakninah kelam-kabut di mana-mana, biji butirnya sampai pada khalayak. Bukan senang nak kayuh balik rutin zaman belajar yang lama ditinggalkan…Aku bangga dengan diri dan rakan-rakan lain. Semuanya mempunyai gaya dan olahan yang tersendiri.

Nebes itu lumrah..nanti Moses akan bagi doa untuk mengurangkan kadar nebes itu. Ala, semua orang nebes..Hebat tak hebat saja cara menyembunyikannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *