Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru!

Selamat pagi semua…..bujibujibuuuuu…
Meh tengok Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru. Inilah first time Kak Benny kau makan nasi lemak yang famous ni. Selalu nama tular-tular ni rasa macam tak berapa, tapi untuk nasik lemak ni hakak kategorikan almost perfect!

Perfect sebab nasi dia berderai, ikan bilisnya rangup, rendang dagingnya sedap ya amat dan ini paling penting – sambal dia sedap ya ampuuuun!!! Tak pedas sangat, tak manis sangat. Setiap suapan tu aku dok ‘Sedapnya,kak nasi ni…sedapnya, kak nasi ni…’ Nasi lemak pulak ditaja oleh #gengkentin Kak Liza. Memang rezeki dapat kawan yang baik dan makanan yang sedap…akan jadi lebih perfect nasi lemak ni kalau cinta hati aku ada kat sebelah ?? Rindu gittew…beratus boifren ada di sisi tak akan sama dengan penjaga hati yang 20 tahun bertapak dalam sanubari den.

So ini cerita semalam. Pagi ni macam takde selera nak makan. Badan rasa macam nak demam. Tu sebab semalam tak sempat ke dobi. Kejap lagi nak uruskan kain baju untuk ke Ipoh pulak. Pastu hujan pun turun kat luar ni….
#apabilakakbennymenulis
#apabilakakbennylapar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *