Naik Selangkah Lagi

Congratulations-for-job-promotion-message-on-a-note

Selain Penerbit Rancangan dan Pegawai Penerangan, kebanyakan mutual friends yang ada adalah terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Malah kawan antara paling rapat juga kesemuanya adalah PTD dan seorang lagi bakal PTD. Aku sahaja Setiaku Di Sini-Ziana Zain, Setia Kukorbankan-Fauziah Latiff dan lagu Patriotik, Setia.

Aku pernah juga terlintas untuk memegang post M. Pergerakan jawatan lebih cepat berbanding skim tertutup, prospek rangkaian lebih luas dan banyak kebaikan-kebaikan lain. Cumanya memang jiwa raga aku di tempat kerja ini, dengan jawatan ini. Lagi pula Hadi sendiri merupakan pegawai M. Kang asyik cerita soal kerja aje tak best pulak. Bertahanlah aku di sini selayaknya…

Tahun ini dijadualkan akan ada pergerakan jawatan untuk kumpulan selantikan dengan Hadi. Perkara ini sudah kami sembangkan sedari tahun lepas lagi. Kami mula memikirkan kebarangkalian Hadi berpindah lokasi kerja dan kemungkinan-kemungkinan lain agar kami berdua lebih bersedia.

Congratulations-for-promotion-at-work-note-for-colleagues

Hampir 2 bulan berkira-kira bilakah giliran sang suami untuk mendapat panggilan rasmi naik pangkat, Isnin lalu hari yang dinantikan tiba. Sebagai isteri, aku sangat gembira dan bersyukur kerana rezekinya sampai juga. Kalau tak silap, ini adalah majlis yang kedua selepas yang sama seumpamanya dibuat beberapa bulan lepas.

Aku berkhidmat dengan kerajaan lebih awal daripada Hadi. Dan aku pernah cakap pada dia, dengan skim yang dia dapat dia akan maju lebih pantas daripada aku. Ya, ia terjadi. Dia 41, aku juga 41. Dia 44, aku masih 41. Kini dia menjelang 48 aku tetaplah 41 mereput di situ.

Kalau asyik mengenang apa yang kita tak ada boleh tahap kufur jadinya. Selalu aku ingatkan diri sendiri ‘rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bersyukur apa yang ada dan kalau pun rezeki itu tidak singgah pada kita, ia akan singgah pada ahli keluarga kita’.

hadi

Apapun, tahniah Badak buat Hadi dan rakan-rakan lain yang mendapat amanah yang sama.

Untuk diri aku pula, semoga kebahagian dan rezeki yang diberi limpah rahmat Tuhan-Ku tidak putus. Semoga dipermudahkan pula lorong arah rezeki aku untuk membantu dia pula dalam pelbagai sudut. Sasaran terdekat, permudahkan urusan pengajian agar aku dapat memegang sugulung lagi skrol seawal mungkin dengan keputusan yang cemerlang.

Tahniah sayangku, semoga perjalanan kerjaya kamu akan lebih bersinar dan saya akan menyusul dari belakang 🙂

promotion-quotes (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *