Muammar Gaddafi : Begitu Pengakhirannya?

Muammar Gaddafi 1944 -2011..

Pada tahun 1969 semasa pemerintahan Raja Idris, Gaddafi yang ketika itu merupakan pegawai tentera Libya melakukan rampasan kuasa tentera dan memerintak Libya selama 42 tahun. Ketika itu, dialah yang dilaungkan sebagai hero sebenar, pejuang Libya dan disanjung tinggi oleh masyarakat dunia. Kerana kuatnya nama Gaddafi, banyak bayi-bayi yang dilahirkan kemudiannya dinamakan Muammar Gaddafi, mengambil semangat juang dan keberanian yang ada pada dirinya.

Tapi itu cerita dulu….saat bulan madu masih manis dan saat pihak tertentu merasakan tangan Gaddafi masih boleh mereka pegang.

Khamis lalu dia mati ditempat di Sirte. Sebelum berita mengatakan dia ditembak remaja 17 tahun, NATO terlebih dahulu membuat pengumuman mereka berjaya mengebom konvoi ketenteraan Gaddafi.

Jenazah Gaddafi dan anaknya Mutassim Gaddafi sendiri dipamerkan diruangan pasaraya. Dia menjadi bahan tontonan rakyat Libya yang dipaparkan sebagai anti Gaddafi. Setakat hari ini, aku belum nampak mana-mana wartawan antarabangsa menemuramah pro Gaddafi dan bertanya pendapat mereka tentang kematian Gaddafi dan mengapa jenazahnya diperlakukan sedemikian rupa.

Dunia menanti apa terjadi pada Libya..negara itu banyak minyak. Kata orang tua, di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada minyak di situ ada……?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *