MODUS OPERANDI BAHARU SCAMMER

SCAM ALERT! red Rubber Stamp over a white background.

Aku nak cerita pasal cubaan scammer yang cuba menjerat aku petang tadi. So far aku tak pernah baca perkongsian pasal taktik baharu ni. Jadi aku harap korang dpt iktibar dan sebar-sebarkanlah supaya takde yang jadi mangsa.

Mula-mula sekali, sila simpan nombor 0323821992 dan 0136245929. Aku sempat google nombor 0323821992 tu dan ramai pernah dapat panggilan pasal insurans dan tawaran-tawaran lain.

So nombor 0323821992 ni telefon aku petang tadi. Disebabkan nombor ini lebih kurang macam nombor pejabat ditempat aku berkerja, aku angkatlah.

Pemanggil beritahu nama dia entah Sufian, Safwan ke setan apa ntah sebab memang tak dengar jelas. Dia mendakwa dia dari perlindungan data dan konon-kononnya sistem bank sekarang dalam usaha untuk menjaga data peribadi pelanggan dan mengelak nombor telefon kita dihubungi oleh ejen insurans yang memang menyemakkan.

Dia minta aku dengar baik-baik menjelasan dia, sebab aku mulai naik suara tak dengar mengkarung tu cakap apa bila dia beritahu dia dari bahagian melindungi data peribadi dan aku dok “hah, hah, apa benda awak cakap ni saya tak faham”. Lepas aku naik suara cakap aku tak dengar suara engkau macam mana aku nak faham, dia telefon aku dengan menggunakan nombor 013 tu pulak.

Dia explain balik dia dari mana. Loghat dia memang Pantai Timur. Kang aku petik nama negeri korang terasa dan mula tuduh-menuduh, jadi pandai-pandailah rasa cuak kalau suara pemanggil tu bunyi arah sana.

Dia terus tembak berapa banyak kad kredit yang aku ada, dan kad kredit bank mana yang aku ada. Dia gunakan nama bank rimau sebab memang ramai orang ada kad kredit atau debit bank rimau berbanding bank lain.

Kemudian dia bgtahu kad kredit aku pernah ada potongan insurans RM299, RM499 selama setahun dan ejen insurans akan memerangkap pengguna dengan buat panggilan ke telefon dan offer tawaran macam tu. Aku pernah buat potongan insurans dengan kad kredit, jadi aku masih tak pasti sama ada perlindungan data yang dia maksudkan itu betul atau tidak.

Tapi bila nilai yang dia petik tu memang sampai kiamat aku tak mampu buat potongan bulanan sebanyak itu, aku mula rasa cuak.

Dia akan sentiasa mention pasal dia hubungi pelanggan bank (kita) supaya kalau ada ejen insurans telefon kita, kita kena bekerjasama dengan menelefon dia untuk maklumkan ada ejen insurans melanggar hak data peribadi (lebih kurang macam itu sembangnya, tak jelas sangat sebab loghat dia yang agak pekat tu.)

Kemudian dia akan tanya kad kredit kita itu MasterCard atau Visa. Pelik aku, American Express dia tak tanya pulak. Masa ini aku memang jawab “entah Visa ke MasterCard ke saya tak perasan”.

Aku mula lebih rasa mengarut sebab dia tanya kad kredit kedua aku tu expired tahun 2019 atau 2021, bank mana dan Visa atau MasterCard tadi itulah.

Sambil menjawab telefon, aku sedang menaip jadi dengarlah bunyi keyboard tu kena ketuk, dia boleh sound “boleh berhenti dulu tak apa yang Puan buat, ini penting ni dengar saya nak cakap apa.”

Aku memang cepat mensunquick jadi aku dah terdetik pekerja bank tak beradab mana sukati nak sound aku, sebab aku pernah naik suara dengan pegawai perkhidmatan pelanggan sebab tekan 1, tekan 2, tekan tak habis-habis aku tak dapat apa aku nak. Walaupun aku dah hampir bertempik, pegawai itu tetap control cara dia bercakap dengan aku.

Bila aku dah mula teragak-agak nak berikan maklumat, dia macam push something like “ini penting untuk melindungi data peribadi puan.”

Aku cakap “macam mana saya nak bagi maklumat itu semua, entah-entah awak ni yang scammer tanya macam-macam soalan macam bengap. Bukan maklumat tu semua awak patut tahu ke?

“Oh, macam itu…”

Terus dia putuskan panggilan.

Aku rasa, kalau aku layan:-
1. Dia akan minta aku ikut nasihat dia utk telefon maklumkan kalau ada ejen insurans telefon.
2. Hanat insurans mana entah akan call, dan kita akan call dia utk maklumkan perlindungan data peribadi yang dia maksudkan itu tidak berjaya.
3. Dia akan minta kita tukar password banking online/3 nombor akhir pada kad kredit dan lebih teruk, mungkin dia cakap kita ada kes mahkamah etc.

Apapun, nasib aku baik hari ini. Semoga tak terjadi pada korang pula.

P/s:Korang boleh bagi nasihat nombor kalau tak kenal tak payah angkat tapi tak applicable dengan kerja aku yang kerap berhubung dengan orang luar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *