Model = Daging..

 

Dalam satu pembentangan yang aku dan seorang sahabat buat tahun lepas – ia epik! Pensyarah itu memang sukakan model dan daging pada hemat aku. Gambar-gambar yang ditayang kepada kami rasanya banyak unsur-unsur sebegitu meski dipertahan katanya untuk tujuan pendidikan. Rasanya tidak susah sangat aku nak baca kategori jenis itu.

Jadi kebanyakan rujukan yang kami pilih semuanya berorientasikan model, lesbian dan artis yang meleleh jiwa raga dibuatnya. Saat ditanya rakan satu kumpulan okay atau tidak seleksi yang dipilih ini luar biasa mengancamnya. Aku hanya katakan jangan risau, mesti okay dan diterima ramai.

Entah macam mana, kosa kata aku malam itu terkeluar perkataan “daging” bila mana merujuk pada keseksian yang terpancar di projektor kelas. Sejak itu, kalau ada sahaja unsur-unsur model makanya daging akan terkait sama tanpa sedar. Dia hanya senyum sinis. Tapi dalam hati aku tahu, dia pun sukakannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *