Misi Mengurangkan Permainan Maya

image

Hari ini bermulanya minggu baru semester 3. Aku sudah senior dan selayaknya kematangan seiring dengan situasi itu. Sedaya upaya mencuba untuk mengurangkan aktiviti Candy Crush dan Bingo Blitz. Jujurnya ia agak payah sebab sudah menjadi kelaziman aku menghabiskan masa sebegitu. Tapi kali ini aku janji untuk kental. Tak mahu aku bermain api dikala tinggal setahun aje lagi untuk aku menjaga pointers yang ada. Jadual yang aku sendiri reka untuk kesejahteraan diri perlu aku patuhi dengan penuh disiplin. Satu aku gagal…mematuhi jadual pengambilan ubatan. Itu akan aku selitkan sekali alang-alang merancang. Semoga semester ini dapat aku lalui dengan tenang. Ya, Allah…permudahkanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *