Miri…Aku Kembali 3 – Catatan Gua Niah

Sehari bermalam di Miri, esoknya aku terfikir – apa nak buat di sini? Bandarayanya sudah pun khatam aku jejaki tak sampai sehari berada di sini. Gua Niah dan Gua Mulu antara tarikan pelancongan utama di Miri, selain tempat-tempat lain seperti Taman Buaya, pantai-pantainya yang cantik dan lain-lain. Sementelah, alang-alang berada di Miri teruskan saja niat suci murni menjelajah Gua Niah. Tak sia-sia aku membaca buku teks sejarah Tingkatan 1 satu masa dulu..

Sampai juga aku di sini..

Dari Senadin, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Jauh juga…Sebelum mendaki, kami sarapan pagi dahulu. Kang semput lapar dalam gua siapa nak menjawapnya. Masa sampai, Da’a pergi melapor diri dahulu. Seperti pemandu pelancong bertauliah, dia memberi sedikit gambaran tentang journey yang bakal kami lalui..jauh juga..Kira-kira 8 km perlu dilalui. Berbekalkan sebotol 100 Plus sebagai bekalan, aku meneruskan derap langkah. Ops, kena naik bot…Giler jauh….tak sampai 40 meter. Ceh!

Lubang siapa yang hangus?

Dari sini menyeberang kat sana aje..ingat jauh la sangat.

Setelah menyeberang, kami melalui trek yang telah disediakan. Ok la, dah ada laluan khusus. Aku ingatkan kena meredah belantara bawak parang tetas pokok bagai. Jauh-tak jauh, kira-kira sejam juga berjalan kaki sebelum berjumpa sekumpulan makcik berlonggok menjual air dan cenderamata. Kat sini pun ada unsur perniagaan? Yang best semuanya jual benda yang sama, dengan harga yang sama.Dasyat betul…tapi aku rasa diorang datang naik motor ataupun basikal kot..Wajanya kalau berjalan kaki hari-hari ke sini.

Semua menjual benda yang sama..

Aksi aku dan A-Tun membelasah Da’a yang tergolek

Tapi aku tak beli la apa-apa sebab air yang aku bawa masih belum luak lagi. Berlagak konon. Perjalanan diteruskan selepas take 5. Kami kemudiannya sampai di kawasan petempatan awal zaman Neolitik. Konon cerita di sini tempat mereka berdagang. Dari mata kasar, aku rasa inilah tempat tinggal diorang sebab ada bekas rumah panjang. Kawasan itu agak berlumut, tetapi bersih. Mungkin kerana pengunjung yang datang pandai buang sampah dalam tong sampah yang disediakan kot..

Macam kawasan rumah panjang aje..

Kat sini tempat mereka berdagang, katanya la..

Aku masih larat….sampailah laluan mendaki tangga bermula. Mak ai….tingginya..jauhnya…Aku mulai keletihan. Setiap kali air aku togok makin berat pula kaki nak melangkah. Sampai satu tahap, aku sanggup la kalau kawan-kawan seret aku untuk sampai ke atas. Aku tak henti-henti caci-maki diri sendiri. Orang lain sedap tengok TV makan nasi lemak. Aku pulak membuang peluh memanjat tangga meredah hutan. Menyesal tak payah cakaplah. Cuma aku tak menangis kesedihan aje he..he..

Waaa….tak sampai lagik isk..isk..isk..

Tapi bila dah sampai, perasaan menyesal itu semua hilang. Wah, aku dah sampai Gua Niah! Ramai juga manusia di sini. Ini baru dipintu gua. Belum masuk dalam lagi. Aku dimomokkan dahulu dengan cerita Da’a. Konon tahi kelawar di mana-mana dan ada potensi kelepak ke muka kami. Ah, sudah..aku tak pakai bandana. Topi pun takde apatah lagi payung. Tawakal ajelah..Memang takde setitis tahi kelawar pun singgah di rambut Sizuka ku ini..

Di pintu Gua Niah..aku rasa bersyukur dan lapang sekali

Perjalanan masih turun naik mendaki. Sekali lagi aku menyesali diri dan caci-maki diri sendiri. Kenapalah sebegini jalan yang perlu diredahi. Kalau ada eskalator kan senang..Bangang! Ini gua la yong..mana celahnya nak dapat eskalator..Nasib baik banyak berhenti ambil gambar. Da’a target perjalanan dari mula sampai keluar gua mesti kurang dari 3 jam.

Meh ambek gambar lagik..

Dalam gua Ahmad Albab..

Fosil tu apa?

Mana maunya…sessi bergambar memang melambatkan masa. Belum lagi tersandar keletihan di pondok hujung gua dan sessi menaga. Kami turun semula setelah semua aktibiti di atas selesai. Sampai di tempat menunggu bot, aku tengok jam. Wah, kita over run 27 minit…Sebenarnya kami tak sempat menaiki satu lagi gua sebab salah seorang daripada kami kena kejar masa. Flight A-tun pukul 4 lebih..jam dah pukul 1 lebih. C-A-B-U-T..

Keletihan merayau di dalam gua..baju dah boleh perah nie

Muka keletihan, tapi ada hati nak bergambar

Aduhai..tiba-tiba Gen-2 Blackie Da’a pecah tayarnya di tengah jalan yang kelilingnya hutan belantara. Aku dan A-tun jenuh menahan kereta lain menumpang simpati. Tapi yang kami dapat hanyalah hon-hon kereta lagak pelumba F1 simpanan. Mujur ada seorang Uncle yang baik hati membantu. Dipendekkan cerita, semuanya aman bahagia dan A-tun berjaya menaiki pesawat mengikut waktu yang ditetapkan..

Aku tak menyesal meredah Gua Niah. Jika ada rezeki, aku mahu ke Mulu pula..

Next entry : Sunset di Miri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *