Minggu Yang Sibuk..

Minggu lepas aku berkampung di PDDP selama 2 hari..PDDP? Apa tu? Pusat Dagangan Dunia Putera…Kalau aku sebut PWTC mesti ramai yang maklum. Mengambil iktibar memperkasakan bahasa kebangsaan seperti yang disarankan oleh Atan Lut, mulai hari ini aku akan mula membiasakan diri dengan akronim PDDP ini.

Persidangan UMNO telah berlalu..Aku harap dengan kesudian Tun M kembali pada UMNO mampu mengukuhkan parti yang dikata bakal rebah ini. Sayangnya aku hanya berada di PDDP hari Rabu dan Khamis sahaja. Jumaat – Ahad aku berkampung di Port Dickson untuk menghadiri kursus Pengurusan Masa Efektif.

Tajuk kursus ini amat simple, tapi pengisiannya sedikit sebanyak memberi banyak ilmu baru untuk aku. Nyatanya, aku tak berapa concentrate sebab aku rasa badan ini flat giler.Tidur pun tak cukup. Tapi aku gagahkan juga mata walaupun tersengguk-sengguk juga dibuatnya. Agenda makan yang maha dasyat seolah-olah menggagalkan diet terancang yang saban hari aku cuba amalkan. Durian, tom yam, cendol dan laksa…itu antara makanan yang aku baham kerana terpengaruh dengan rakan sebaya..Takpe la…lain kali diet lagi.

Minggu ini masih sibuk…Sekarang aku berada di Bukit Gantang untuk siaran langsung rancangan Isu. Khamis baru balik..Aku masih belum boleh tidur walaupun badan terasa letih lesu. Nanti-nantilah aku tulis lagi..

Aku rindu Pengejar Masa…rindu amat…pendek kata, aku rindu dia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Minggu Yang Sibuk..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *