Minggu Sibuk Bakal Bermula..

 

Sejak Jumaat lepas, aku seakan tiada masa untuk mengadap PC, kemaskini status di setiap laman sosial dan juga mencatat cerita baru dalam blog. Hari itu sangat sibuk dan tertekan dengan persiapan presentation kelas Research Method. Ada 20 journals dan buku perlu dibedah siasat dan dicatat untuk mencari lompong mengisi kajian aku pulak. Sayangnya semalam aku tak berkesempatan nak present. Ingatkan lagi cepat selesai boleh terus move on dengan kerja-kerja lain pula.

Akhir-akhir ini aku cepat sangat letih. Nak membaca pun perlukan konsentrasi yang sangat tinggi. Aku pernah terlelap dengan PC masa sibuk menyiapkan assignment. Itu belum masuk keadaan-keadaan lain seperti kerap ke bilik air dan kadar kepanasan yang menduga. Itu satu keadaan yang normal katanya.. Jadi aku bersabar dan melaluinya dengan rasa hati-hati. Baju, seluar dan selipar sudah bertukar mengambil kira keselesaan dan pengembangan badan.

Hari ini aku sibuk menyiapkan kertas dan slide untuk pembentangan esok. Harapnya menepati kehendak yang disasarkan.

Aku sudah lama tidak berehat di pulau, naik kapal terbang dan bersantai gembira di hotel. Asyik batal aje semua perancangan. Cepatlah cuti semester…Aku nak berehat saja rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *